Part 38 - FOUND HER

7.2K 326 0
                                    

Kita hanya bisa berjuang. Kerana Allah adalah pemegang takdirnya.

-Smith Ezekiel

★★★

Kalau ada readers yang rasa cerita ni hampir sama dengan buku pertama author, author minta maaf ya. Author belum betul-betul mahir lagi dalam dunia penulisan ni.

★★★

Sudah semalaman Hanani Aqilah menghilangkan diri. Smith Ezekiel semakin risau jika sesuatu berlaku kepada isterinya itu. Entah apa yang wanita itu makan, pakai, tinggal pun dia tidak tahu.

Rambutnya yang sedia ada kusut semakin di kusutkan membuatkan orang yang melihatnya ketakutan. Lebih-lebih lagi dengan wajah yang bengis itu.

Bam!

"KETUK PINTU DULU LAH, BANGSAT!!!" Jerkah Smith Ezekiel kuat tanpa mengendahkan siapa gerangan yang menonong masuk ke dalam biliknya itu.

"Hey, bro. Chill. It's me, Aurel." Lelaki itu mengangkat kedua-dua tangan nya menyuruh Smith Ezekiel agar sedikit sabar.

Smith Ezekiel mendengus kuat. Dia kembali duduk lalu meraup wajahnya. Jujur di dalam hati, mahu sahaja dia meroboh satu per satu rumah dan gudang di seluruh dunia untuk mencari isterinya. Tetapi, dia tidak mahu membuat perkara yang mustahil dan tak masuk akal.

"What so you want huh? If you came here with no reason, fucking get out of my face." Smith Ezekiel mengucap perlahan. Mata lelaki itu kekal memandang ke lantai mengabaikan kehadiran Aurel yang juga di dalam biliknya itu.

"Aku cuma nak bagitahu yang Dion dah dapat detect lokasi isteri kau. Semua dah get ready. Tinggal tunggu kau keluar beri arahan je." Aurel membuka luas pintu bilik tersebut untuk sepupunya itu.

Smith Ezekiel pantas bangun lalu melangkah besar ke luar bilik. Tali leher yang kemas terikat di lehernya di cabut kasar kemudian membuangnya ke lantai. Coat yang di pakainya juga di tanggalkan. Tiga butang atas kemeja putihnya di buka sambil kaki tetap melangkah sejak tadi.

Sampai sahaja di tingkat utama, Smith Ezekiel terus berjalan sehingga ke luar rumah agam. Kelihatan anak-anak buahnya sedang berdiri tegak dengan mata lurus ke hadapan tanpa mengendahkan panas terik matahari yang memancar.

"Only ten men follow me. Including Matteo and Aurel. Dion, aku amanahkan kau untuk jaga rumah dan kawal anak-anak buah aku sementara aku tak ada."

"Yes, Sir!" Mereka menjawab serentak.

Sepuluh orang anak buah Smith Ezekiel termasuk Matteo dan Aurel mula memasuki kereta lalu mengikuti kereta Smith Ezekiel yang sudah pun memandu keluar dari perkarangan rumah. Dion hanya memandang pemergian tuannya itu sehinggalah tiada lagi bunyi kereta kedengaran.

Dia berjalan masuk ke dalam rumah agam semula. Anak-anak buah yang tersisa mula berjalan ke arah berlainan untuk menyambung kerja masing-masing. Mereka fikir, Smith Ezekiel akan membawa jumlah anak buahnya lebih ramai. Namun, kenyataan nya adalah sebaliknya. Biarlah. Itu keputusan tuan mereka dan tiada siapa pun mempunyai hak untuk menghalang.

***

Sreet!

Smith Ezekiel terus keluar dari perut kereta selepas sampai ke lokasi yang di berikan Dion sebentar tadi. Keningnya bertaut hairan memandang rumah di hadapannya ini. Betul kah ini tempat persembunyian isterinya? Dia tidak salah tempat bukan?

Kerana rumah di hadapannya ini terlalu usang dan kelihatan seperti sudah terlalu lama tidak berpenghuni. Kawasannya juga jauh daripada rumah orang lain dan di sekeliling rumah itu hanya ada semak-samun yang meninggi sahaja.

Dia memandang Aureo yang kini sedang berdiri tegak di sebelahnya.

"Kita tak salah rumah kan?"

"Ikut apa yang Dion bagi, ini lah tempatnya."

"Cuba semua diam sekejap." Smith Ezekiel meletakkan jari telunjuknya di bibir menyuruh yang lain untuk menutup mulut.

Mereka menurut. Sekarang, hanya kedengaran bunyi hembusan angin menyapa sahaja. Aurel yang tertanya-tanya memandang Smith Ezekiel lama meminta penjelasan.

"Aku dengan Aurel masuk. Matteo get ready dekat seat pemandu kereta aku. Yang lain jaga keadaan dekat luar. Any questions?"

"No, Sir."

"Good."

Smith Ezekiel mula menapak ke hadapan pintu rumah tersebut di iringi Aurel. Pintu yang tidak di kunci itu di tolak perlahan. Mereka mula masuk ke dalam rumah itu dengan pistol di tangan bersedia jika apa-apa berlaku nanti.

"Hana... Are you hiding here? Answer me." Smith Ezekiel bersuara lantang.

Aurel terbatuk kecil dek kerana debu dan habuk kotor yang berada di merata-rata tempat. Rumah ini bagaikan rumah hantu yang di tinggalkan berzaman-zaman lamanya sehinggakan sofa di ruang tamu juga sudah tinggal spring dan sangat berbau.

Smith Ezekiel mula melangkah mendalami rumah tersebut. Setiap pintu bilik di buka untuk melihat keadaan di dalam dan di dalam masa yang sama mencari Hanani Aqilah.

Hingga lah ke pintu bilik yang terakhir, perasaan lelaki itu mula berubah tidak enak. Dia juga sedikit teragak-agak untuk melihat keadaan di dalam seakan-akan sudah tahu dia bakal melihat sesuatu yang buruk.

Kreek...

Pintu di buka perlahan. Ternyata telahannya benar. Hanani Aqilah sedang terbaring kaku di lantai yang sejuk. Keadaan wanita itu sangat menyedihkan untuk di lihat membuatkan Smith Ezekiel terkedu tidak terkata. Baju yang di pakai isterinya sudah pun koyak rabak di sana-sini dan bahagian pinggang hingga ke bawah lansung tidak berlapikkan sebarang kain pun. Yang tinggal hanya lah seluar dalam yang di pakai wanita itu untuk menutup alat kemaluannya.

"Hana!"

Smith Ezekiel pantas menghampiri isterinya. Wanita itu masih tidak sedarkan diri. Entah sedang pengsan atau tertidur. Dia segera memanggil Aurel untuk melihat keadaan isterinya itu.

"This is not a good thing. Kita patut bawa bini kau pergi hospital cepat."

Smith Ezekiel lantas mendukung isterinya ala-ala bridal style. Lelaki itu berlari anak keluar daripada rumah usang itu di ikuti Aurel dari belakang.

Masuk-masuk sahaja ke dalam kereta, Smith Ezekiel terus mengarahkan Matteo agar ke hospital dengan segera. Pedal minyak di tekan kuat membuatkan kereta bergerak laju meninggalkan rumah tersebut.

Aurel dan anak-anak buah yang lain turut mengikuti kereta Smith Ezekiel dari belakang. Apabila kereta yang di pandu Matteo itu semakin laju, mereka juga turut menambah kelajuan kereta agar tidak ketinggalan di belakang.

Smith Ezekiel di dalam kereta sudah cemas separuh mati. Hanani Aqilah lansung tidak mencelikkan mata walau buat seketika. Tangannya setia menepuk perlahan pipi wanita itu. Dia sangat takut jikalau wanita itu akan meninggalkannya seorang di dunia ini.

Dia tidak mahu hidup tanpa seorang isteri. Bahkan, mereka masih belum mempunyai cahaya mata lagi.

Hanya satu sahaja impiannya sejak bertemu dengan Hanani Aqilah buat kali pertama dahulu. Iaitu hidup bahagia dengan wanita itu serta bakal anak-anak mereka nanti.

☾ ⋆*・゚:⋆*・゚:✧*⋆.*:・゚✧.: ⋆*・゚: .⋆ ☾

TO BE CONTINUED

-15/11/2021
-11:19 p.m

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now