Part 43 - SHOCK WISHES

6.9K 346 12
                                    

Kamu terlalu istimewa untuk aku ceritakan secara sederhana. Walau cuba kurangkai dengan ribuan kata pun masih belum ada kalimat yang tepat untuk menggambarkan diri kamu.

-Smith Ezekiel

★★★

"A-abang... Saya nak minta sesuatu... Boleh tak?" Soal Hanani Aqilah perlahan.

"Boleh-boleh! Mestilah boleh! Apa saja yang sayang nak abang tunaikan." Beria-ria Smith Ezekiel menjawab. Dah macam budak-budak dapat gula-gula dah.

"Saya nak..." Teragak-agak Hanani Aqilah berkata membuatkan Smith Ezekiel semakin excited.

"Sayang nak apa?"

"Saya nak... Umm..."

"Sayang nak...?"

"Saya nak anak!"

"HAH?!" Terkejut bukan main Smith Ezekiel mendengarnya. Sehingga menyebabkan beberapa orang awam turut memandang ke arah mereka.

Mana tak terkejut! Biasanya lelaki yang minta anak. Ini, perempuan yang minta anak. Isteri another level betul.

"Ta-tak boleh ke?" Suara Hanani Aqilah mulai kendur dengan wajah yang bertukar suram.

"Eh? Bukan tak boleh. Cuma, abang terkejut he tadi sayang minta anak tiba-tiba." Smith Ezekiel tertawa kecil di hujung ayat. Tidak tahu lah ketawa atas alasan apa.

"Jadi... Boleh tak?" Tanya Hanani Aqilah buat kesekian kalinya.

Smith Ezekiel diam. Dia menggaru dagunya seolah-olah sedang berfikir. Entah apa lah yang nak di fikirkan lagi lelaki itu.

"Hmm... Boleh. Tapi dengan satu syarat."

"Apa syaratnya?"

"Sayang kena kembalikan semula diri sayang yang dulu."

"...Saya cuba."

"Good girl! Ah... Akhirnya, boleh pun abang peluk, cium, pegang sayang!" Ujar Smith Ezekiel lalu memeluk isterinya. Dahi wanita itu di kucup lembut.

Hanani Aqilah tersenyum paksa.

Entah kenapa, perutnya terasa sangat sakit dari biasa. Wajahnya juga pucat dan sejuk hinggakan jika di lihat sekali pandang, wanita itu bagaikan mayat hidup sahaja.

"Tapi, Hana sayang... Kenapa muka sayang pucat sangat ni? Dah makan ke belum ni?" Tanya Smith Ezekiel risau.

Hanani Aqilah menggelengkan kepalanya perlahan. Suara orang di sekeliling termasuk suaminya tiba-tiba menjadi samar. Tidak lama kemudian, matanya tertutup sendiri dan kesedaran nya mulai hilang.

"Sayang? Sayang?! Sayang!"

***

Di tempat lain pula, di sebuah restoran mewah, kelihatan Aurel dan Vionara sedang menikmati minum petang mereka di situ. Namun, jelas terlihat di wajah gadis itu menunjukkan dia tidak rela dan terpaksa.

"Hish! Kita buat apa dekat sini?! Kau kata tadi nak pergi jumpa mak bapak kau." Ujar Vionara sedikit kuat membuatkan orang di sekeliling mereka memandang.

"Haip! Tak baik guna 'aku-kau' dengan bakal suami awak ni." Aurel tersenyum seperti kerang busuk lalu memberikan sekali kenyitan mata pada Vionara.

"Dah lah! Aku nak balik!" Beg tangannya di ambil sebelum bangun ingin meninggalkan Aurel. Namun, belum sempat dia melangkah pergi, tangannya di cengkam lembut lelaki itu.

"Jangan lah pergi dulu, sayang. Duduk lah. Saya nak bincang sesuatu sebenarnya." Ujar Aurel lembut. Entah sejak bila lelaki itu berubah, tidak ada yang benar-benar pasti tentangnya.

Vionara diam sebentar. Dia akhirnya duduk semula dengan wajah masam mencuka.

"Nak cakap pasal apa?"

"Lepas kita kahwin nanti, saya nak kita tinggal dekat Itali. Kalau perlu je kita balik Malaysia semula. Jadi, saya nak tanya pendapat awak. Mana lah tahu awak nak duduk dekat negara lain ke?"

"Hmm... Okay."

"Okay apa?"

"Kita tinggal dekat Itali. Lagipun, aku—"

"Haip! Saya dah cakap tadi kan."

Gadis itu menjeling Aurel tajam. Sementara belum sah, ini lah masanya untuk dia berbuat jahat. Nanti lepas dah kahwin, mana boleh nak lawan cakap suami dah.

"Ya lah, AWAK. SAYA setuju nak duduk Itali dengan AWAK. Sebab nanti boleh pergi jumpa mak ayah SAYA selalu." Jawab Vionara. Perkataan 'saya' dan 'awak' sengaja di kuatkan membuatkan Aurel ketawa kecil.

"Okay, sayang. Jom pergi beli buah-buahan sikit eh? Lepas ni saya nak pergi melawat Carlos." Ucap Aurel sambil senyuman masih melekat di bibirnya.

Jika ada yang tertanya-tanya apa yang terjadi pada Carlos, lelaki itu tika ini sedang berehat di rumah selepas sebelah kakinya di patahkan Aurel gara-gara cemburu.

"Jom." Vionara membalas ringkas sebelum bangkit mengikuti Aurel keluar dari restoran mewah itu.

Tatapan memuja para lelaki yang melihatnya tidak di endahkan. Dia sudah terbiasa dengan semua itu. Namun, apabila melihat wanita-wanita lain melihat dan menggoda Aurel, hatinya berasa sesuatu. Dia tidak pasti apa itu. Tetapi, dia terasa ingin mencungkil mata mereka.

Vionara terus menggelengkan kepalanya laju. Tak kan lah... Dia dah...

"Sayang, kenapa lambat sangat jalan tu? Cepat sikit."

Mata gadis itu terus beralih memandang Aurel. Dia berjalan sedikit laju sebelum berjalan bergandingan tangan bersama lelaki itu. Senyuman sinis terukir du bibir merah Vionara apabila melihat wajah kecewa gadis-gadis lain.

"Keep it up. It's me. I win. You lose." Gadis itu bernyanyi kecil bersama senyuman sinis yang masih di bibirnya.

Aurel hanya mampu menggelengkan kepala memandang Vionara. Bukan dia tidak nampak apa yang gadis itu cuba lakukan dari tadi.

Tidak sangka juga dia rupanya gadis itu cemburu.

"My girl."

☾ ⋆*・゚:⋆*・゚:✧*⋆.*:・゚✧.: ⋆*・゚: .⋆ ☾

TO BE CONTINUED

-24/11/2021
-10:40 p.m

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now