Part 50 - SPECIAL CHAPTER

8.9K 400 40
                                    

Terima kasih telah mengajarkan ku untuk tidak menyerah pada setiap hal yang membuat ku patah.

-Quotes from Telegram

★★★

Kriiinnngg!

Loceng sekolah berbunyi menandakan baru sahaja masuk waktu rehat. Kesemua murid Alice Smith School lansung keluar dari kelas masing-masing kemudian menuju ke kantin. Tetapi, ada sesetengah yang bergerak ke perpustakaan termasuk lah Hamni Dareem. Gadis itu sememangnya ulat buku sejak kecil lagi kerana didikan dan asuhan terbaik dari keluarganya.

Namun, jika Hamni Dareem lebih kepada akademik, Hamka Dareem pula lebih kepada sukan dan kokurikulum. Lelaki itu juga adalah ketua pasukan bola keranjang di sekolah tersebut dan pernah mendapat gelaran anak emas sekolah kerana berjaya mengharumkan nama sekolah sehingga ke antarabangsa.

"Hi, Hamni! You seem pretty tired today. Are you okay? Wanna go to the clinic?" Sapaan dari Emely, rakan baiknya itu di sambut senyuman kecil Hamni.

"Tak apa. Terima kasih." Gadis itu menjawab ringkas. Emely memandang seluruh wajah sahabatnya itu lalu memaparkan wajah datarnya.

"Mesti ni pasal Aryan kan?" Soalan Emely di jawab Hamni dengan anggukan kecil.

Emely mengeluh panjang. Sejak Hamni berusia TUJUH TAHUN lagi, dia terjebak di dalam sebuah toxic relationship bersama lelaki bernama Aryan Firdaus itu. Lelaki itu terlalu obses dan over protective dengan Hamni sehinggakan tidak ada seorang lelaki pun yang berani mendekati gadis itu, kecuali abangnya dan beberapa orang rakan sekelas.

Entah bila lah perangai lelaki itu akan berubah.

Bam!

Bunyi pintu bilik perpustakaan yang di buka kasar membuatkan seluruh perhatian teralih memandang ke situ. Hamni dan Emely juga turut menoleh ingin melihat apa yang terjadi.

"Hah... Hah... Hamni! Ar-aryan buat hal lagi! Abang kau... Abang kau kena belasah dengan dia!" Laungan itu berjaya membuatkan Hamni lansung berdiri dari duduknya.

"Diaorang dekat mana?" Soal Hamni laju.

"Dewan utama."

Pantas gadis itu berlari tanpa menghiraukan tatapan murid-murid lain lagi. Emily turut mengikuti dari belakang ingin melihat sketsa yang akan berlaku sebentar lagi.

Masuk-masuk sahaja ke dalam dewan tersebut, kelihatan dua orang murid lelaki saling bertumbuk antara satu sama lain. Baju masing-masing sudah renyuk dan kotor di penuhi darah membuatkan sesiapa yang lain automatik merinding. Murid-murid lain mula berjalan masuk mengelilingi Hamka dan Aryan.

Mereka hanya melihat tanpa membantu meleraikan pergaduhan tersebut. Dan lebih parah lagi, setengah daripada murid-murid di situ menyokong serta bersorak menyokong 'idola' mereka itu.

Buk!

Buk!

Buk!

Tiga penumbuk di berikan Aryan pada Hamka sebelum di balas sama kuat oleh Hamka. Masing-masing tidak mahu kalah membuatkan Hamni yang melihat mula pening. Entah apa alasan mereka bergaduh kali ini, dia tidak tahu.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now