Part 26 - PERUBAHAN

8.7K 445 24
                                    

Are you from Korea? Because you look like my seoul-mate.

★★★

Pejam celik pejam celik, sudah tiga bulan berlalu sejak hari di mana Hanani Aqilah menerima rawatan psikologi bersama Doktor Carlos. Kesihatan mental wanita itu semakin hari semakin membaik walaupun masih banyak perkara yang dia tidak mampu lakukan.

Antaranya, dia mudah tersentuh dan dia masih cengeng seperti dulu. Tangannya masih akan menggigil sewaktu ketakutan, cemas atau ketika panic attack nya muncul.

Smith Ezekiel juga sudah tidak terlalu menakutkan seperti dulu tetapi kadang-kala terlepas juga anger issues nya. Bernasib baik lelaki itu sudah tidak menampar Hanani Aqilah sesuka hati lagi.

Jam di dinding mula berbunyi menandakan sudah pukul lapan pagi. Hanani Aqilah mula mencelikkan matanya. Telekung yang di pakainya untuk menunaikan solat Subuh masih melekat di badannya.

Wanita itu mula bangun dari sejadah yang menjadi alasnya lalu melipat kain telekung dan sejadah itu. Dia berjalan perlahan memasuki bilik mandi selepas mengambil pakaian yang akan di pakai olehnya untuk hari ini.

Selepas selesai membersihkan diri, Hanani Aqilah berjalan keluar dari bilik mandi menuju ke meja solek. Rambutnya yang panjang mengurai itu di sikat sebelum mengikatnya menggunakan getah rambut.

Pakaian yang di pakainya hari ini sangatlah simple tetapi ianya juga terlihat sangat aesthetic. Dress putih dan panjang di pakainya bersama sehelai cardigan kuning menjadi pilihan pakaiannya. Stoking berwarna senada dengan kulitnya juga di pakai agar auratnya terjaga.

Tudung shawl berwarna peach terang melabuhi dadanya juga di pakai kemas menutupi rambutnya. Hanani Aqilah tersenyum kecil memandang pemakaiannya itu.

Sebulan yang lepas, dia pernah melihat seorang maid di mansion suaminya itu memakai hijab dan menutup aurat. Sejak dari hari itu, hatinya juga tergerak mahu melakukan semua itu.  Selepas mendapat keizinan Smith Ezekiel, dia akhirnya memakai hijab sepenuhnya walaupun hanya berada di dalam mansion itu sahaja.

Oh ya, bercakap tentang Smith Ezekiel, lelaki itu sedang berada di Negara United Kingdom untuk bertemu dengan seorang ahli perniagaan untuk menandatangani perjanjian.

Dan hari ini, Smith Ezekiel sudah boleh pulang ke Malaysia tetapi masih tidak dapat di anggarkan bila helikopter yang membawa lelaki itu akan mendarat.

Hanani Aqilah berjalan keluar dari biliknya lalu memasuki lif. Butang ke tingkat utama di tekan. Akhirnya wanita itu dapat berjalan bebas di dalam rumah besar itu memandangkan dia juga sudah berjanji pada Smith Ezekiel agar tidak melarikan diri juga.

Dia sedar, seburuk mana pun Smith Ezekiel, lelaki itu masih suaminya.

Ting!

Hanani Aqilah melangkah keluar dengan senyuman menghiasi wajah cantiknya. Sapaan para pengawal dan maid di balas dengan tundukkan kecil. Susuk tubuh Dion yang berjalan menghampirinya di pandang beberapa saat sebelum menundukkan kepalanya.

Selepas mendalami agama sucinya, baru dia tahu memandang kaum berlainan jantina tidak di benarkan dalam waktu yang lama. Ianya termasuk dalam zina mata.

Hanya Smith Ezekiel seorang sahaja yang boleh dia pandang lama-lama memandangkan lelaki itu juga merupakan suami sahnya.

"Good morning, Madam Hana."

"Good morning too, Dion. Kan saya dah pernah cakap, kalau berbual dengan saya tak perlu guna ayat-ayat formal tu."

"Tapi, saya tak di benarkan. You know, Tuan Ezekiel sangat cintakan Puan dan Tuan jenis lelaki yang senang cemburu."

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now