Part 32 - HER SCREAM

8.1K 389 15
                                    

By any chance, do you work for Google? Because you are everything I'm searching for.

★★★

Sementara di rumah agam Smith Ezekiel, kelihatan Carlos sedang menulis laporan di dalam sebuah fail yang tebal. Di sebabkan sesi kaunseling untuk Hanani Aqilah hanya sekali seminggu, itu membuatkan dia naik bosan untuk hari-hari yang lainnya.

Jadi, dia memutuskan untuk membuat kerja-kerja seperti menulis laporan, mengemaskini data pesakit dan banyak lagi perkara lain. Semua itu pun dapat dia lakukan selepas meminta keizinan Aurel dan Smith Ezekiel.

Bam!

"Astagfirullahaladzim!"

"Hai, Carlos!"

Lelaki itu mengusap dadanya berkali-kali sambil menutup matanya rapat. Dan ini jugalah salah satu beban yang perlu dia hadapi setiap hari di rumah agam ini.

"Cik Viona, tolong lah ketuk pintu dulu. Lagi satu, bukan Cik pergi ke Itali semula ke semalam? Kenapa masih ada dekat sini?"

"Tck! Ala... Saya duduk sini pun awak nak marah."

Memuncung bibir Vionara bagaikan mulut itik. Dirinya yang berpakaian hoodie bersaiz oversize di padankan dengan seluar panjang itu hanya berdiri tegak di hadapan pintu beberapa saat sebelum berjalan masuk.

"Cik Viona buat apa berdiri dekat situ lagi? Masuk je lah." Pelawa Carlos sambil tangan menyuruh gadis itu masuk.

"Awak, nak tahu tak?"

"Apa dia?"

"Semalam kan, bos tak guna awak tu pergi lamar saya! Ish, benci la jantan tu! Dah lah muka tak hensem!" Bersungguh-sungguh Vionara bercerita. Tangannya juga sudah berkali-kali di tumbuk melepaskan rasa tidak puas hati.

"Tuan Aurel ke? Saya rasa, kacak je Tuan saya tu. Dah lah kacak, kaya, pandai buat lawak pula tu."

"Carlos! Saya datang sini cerita bukannya nak awak bela dia!"

"Okay okay." Carlos sudah mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda pasrah. Women always win right?

"Sambung cerita tadi, saya pun cepat-cepat pergi buat call international ke Itali sebab saya masih nak duduk sini sebenarnya. Tapi kan, awak nak tahu tak? Dia dah pergi melamar! Lepastu kan, mama papa saya bagi persetujuan sebelum tanya saya pula tu. Carlos... Tolong saya... Saya tak nak kahwin dengan dia..." Rengekan Vionara membuatkan Carlos ingin tertawa namun di tahan.

Karang ada yang tangan sampai ke pipi nanti. Ish ish ish...

"Cik Viona, saya ni bukannya ejen pencegah orang kahwin pun. Lagi satu, okay apa Tuan Aurel pergi meminang Cik Viona. Sekurang-kurangnya Cik Viona tahu yang dia cinta dan sayangkan Cik Viona. Lagi bagus kita bersama dengan seseorang yang kita tahu dia cintakan kita daripada bersama dengan seseorang yang kita cinta tapi dia sebenarnya tak cintakan kita." Panjang lebar Carlos berceramah. Terdiam Vionara mendengar ocehan lelaki itu.

"Ayat awak kan... Macam orang tersakiti je. Macam awak pernah alami sebelum saya."

Pupil mata Carlos membesar buat seketika sebelum kembali mengecil. Dia memberikan senyuman nervous kepada Vionara.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now