Part 35 - RUN AWAY FROM HIM

7K 350 2
                                    

I love your mom's child.

It's you, idiot.

★★★


Sebaik sahaja keluar daripada bangunan milik suaminya itu, Hanani Aqilah segera masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta di tekan kuat membuatkan kereta BMW yang di bawanya laju menderum memasuki lebuh raya.

Hanani Aqilah masih tidak sangka suaminya yang di sangka baik itu rupa-rupanya syaitan yang bertopengkan malaikat. Entah kenapa, dia terlalu bodoh untuk mengecam itu.

Masih terngiang-ngiang di ingatannya ketika mendengar perbualan di antara Smith Ezekiel dan Aurel sebentar tadi.

FLASHBACK

Ting!

Lif berbunyi sekali menandakan dia sudah berada di tingkat paling atas sekali. Iaitu tingkat di mana suaminya bekerja. Hanani Aqilah tersenyum ceria memandang bekal makanan yang khas di buatnya untuk Smith Ezekiel.

Namun, baru sahaja dia mahu membuka besar pintu, suara orang bercakap dari dalam bilik tersebut membuatkan Hanani Aqilah membatalkan niatnya.

"Tentang lelaki bertopeng tu... Aku rasa dia sama macam kau.  I mean, kau pun bunuh orang, kau pun seksa orang. Dah berapa ramai mangsa kau dekat luar sana yang cacat gara-gara amarah kau. Yang paling aku tak boleh lupakan bila kau cungkil dua-dua mata si Adnan tu."

"Adnan mana?"

"Ala... Si kawan baik bini kau tu. Aku ingat lagi bila kau culik lelaki tu lepastu potong tangan dengan kaki lelaki tu. Kesian weh... Dah lah masa tu dia baru sebelas tahun. Nasib baik bapak kau selamatkan dia. Kalau tak, dah Innalillahiwainnalillahirajiun budak tu. Aku jadi curious macam mana dia jalani hidup sampai sekarang."

Hanani Aqilah terkejut besar mendengar apa yang baru sahaja di katakan Aurel. Jadi, selama ini, sahabat baiknya itu bukan berpindah ke bandar. Tetapi, di bunuh?

"Aku tak patut biarkan bapak aku bawa dia pergi. Tck! Patut ke aku culik dia semula? Tanam dia hidup-hidup macam ibu bini aku tu? Sebenarnya perempuan tua tu masih hidup, cuma dah nazak kan. Jadi, aku pun berbaik hati biarkan dia jumpa Tuhan lagi cepat daripada yang sepatutnya."

Terasa bagaikan sebuah batu yang besar menghempap kepalanya, Hanani Aqilah merasai sakit yang tidak mampu di katakan melalui bicara. Bukan setakat Adnan, malah, ibunya juga? Dia tidak sepatutnya mencintai lelaki itu daripada awal lagi.

"Aku dah agak dah! Kau—"

Buk!

Bekal makanan yang di sediakan khas untuk suaminya itu sengaja di jatuhkan kuat memberikan bunyi yang jelas di dengari kedua-dua orang lelaki itu. Mereka melihatnya dengan wajah yang terkejut dan terkedu, terutama sekali Smith Ezekiel.

"Now I know the truth." Ujar Hanani Aqilah perlahan bagai bisikan namun cukup untuk di dengari Smith Ezekiel.

"Sayang, abang boleh explain."

"Explain what? Saya dah dengar semuanya. Daripada apa yang awak buat dekat kawan baik saya, sampai lah ibu saya yang awak tanam hidup-hidup, awak."

Tanpa menunggu balasan Smith Ezekiel, Hanani Aqilah terus berlari laju meninggalkan mereka. Smith Ezekiel juga turut mengejar dari belakang namun tidak sempat apabila lif yang di masuki isterinya sudah tertutup. Butang di tepi di tekan berkali-kali tetapi hampa, tiada pintu lif lain pun yang terbuka seakan-akan mereka berpihak pada Hanani Aqilah.

"ARGH! SHIT! FUCK!"

Dapat dia dengari makian Smith Ezekiel sebelum mula sunyi semula di temani esakan tangis kecilnya.

FLASHBACK END

Dashboard kereta di buka sambil mata kekal memandang jalan raya. Black card yang pernah berikan suaminya di ambil. Dia perlu mengeluarkan sejumlah duit daripada black card itu sebelum melarikan diri.

Ya, dia mahu melarikan diri. Walaupun dia tahu itu akan mengundang amarah besar Smith Ezekiel.

Selesai mengeluarkan lima puluh ribu ringgit, Hanani Aqilah pantas memasukkannya ke dalam beg yang di galasnya sejak tadi sebelum mula memandu keretanya.

Dia perlu pergi ke mana-mana kampung atau tempat-tempat yang tidak terlalu menarik dan popular memandangkan wajahnya pasti sudah terakam CCTV ketika di bank tadi.

Sedang dia sibuk memandu tanpa hala tuju, tiba-tiba, air matanya gugur sekali lagi. Perbuatan Smith Ezekiel terlalu banyak baginya.

Ya, dia tidak sepatutnya mencintai seseorang yang telah menetak kepala bapanya. Ya, dia tidak sepatutnya mencintai seseorang yang telah merogolnya sehari sebelum pernikahan mereka. Ya, dia tidak sepatutnya mencintai seseorang yang telah menyeksa dan membunuh dengan kejam sahabat baiknya suatu ketika dahulu. Dan ya, dia tidak sepatutnya mencintai seseorang yang telah menanam ibunya hidup-hidup walaupun boleh sahaja lelaki itu menyelamatkan nya.

Hanani Aqilah menangis teresak-esak melepaskan segala rasa sakit di hati. Pil-pil untuk kesihatan mentalnya juga dia tidak bawa. Mahu pergi ke hospital atau farmasi, dia tidak boleh tertangkap kamera sekali lagi. Radio di buka cuba untuk mengalihkan perhatiannya yang seakan-akan terlalu mendalam sehingga membuatkan tangannya menggigil kecil.

Namun, berita yang di sampaikan melalui radio yang di dengarinya tika ini semakin membuatkan dia cemas.

"CEO syarikat senjata terkenal atau lebih di kenali sebagai Tuan Smith Ezekiel telah menawarkan wang berjumlah lima ratus ribu ringgit kepada sesiapa sahaja yang dapat menjumpai isterinya yang bernama Hanani Aqilah binti Rahman. Isteri beliau di katakan tiba-tiba menghilang tanpa jejak pada jam satu petang hari ini dan berita ini mendapat banyak pandangan para netizen di media sosial. Sekiranya ada melihat dan mengecam wajah wanita ini, segera hubungi nombor di talian 013-xxx-xxxx."

Oh tidak, bukan sahaja dia perlu melarikan diri daripada anak-anak buah lelaki itu. Kini, dia perlu menyembunyikan wajahnya daripada orang ramai agar tiada sesiapa pun mengecamnya.

This is a BIG TROUBLE!

Tanpa di sedari Hanani Aqilah, kakinya semakin menekan kuat pedal minyak membuatkan kelajuan kereta berada di atas rata-rata. Beruntung ketika itu jalan raya agak lengang dan dapat mengelakkan daripada sebarang kemalangan berlaku.

Wanita itu mula menggigit kuku jarinya, resah. Tidak tahu mahu pergi ke mana lagi. Telefonnya sudah di buang ke dalam tong sampah berdekatan bank tadi bagi mengelakkan Smith Ezekiel dapat mengetahui jejaknya.

Tetapi, masih saja dirinya di landa rasa cemas separuh mati. Bagaimana jikalau lelaki itu dapat menemuinya? Adakah dia akan di hukum? Apakah jenis hukuman itu? Bagaimana jikalau Smith Ezekiel akan menyeksanya sebelum membunuhnya seperti mangsa-mangsa lelaki itu sebelumnya?

Argh! Ini semua benar-benar menyakitkan kepalanya!

☾ ⋆*・゚:⋆*・゚:✧*⋆.*:・゚✧.: ⋆*・゚: .⋆ ☾

TO BE CONTINUED

-9/11/2021
-11:28 p.m

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now