Part 5 - SECOND MEET

13.2K 644 25
                                    

Sreet!

Bunyi geseran tayar yang bergema di lorong kecil itu membuatkan lena Hanani Aqilah terganggu. Matanya perlahan-lahan di celikkan mahu melihat keadaan sekeliling.

Tap!

Tap!

Tap!

Tap!

Bunyi derapan kasut pula berbunyi memenuhi lorong kecil yang sunyi itu. Gadis itu mula sedar sepenuhnya dari tidur. Dia cepat-cepat mengecilkan diri di sebelah tong-tong sampah yang kelihatan sudah lama dan agak busuk.

"Hanani Aqilah..."

Gadis itu semakin mengecilkan diri. Dia takut jikalau orang jahat ingin mengambilnya. Tetapi, bagaimana mereka kenal dirinya? Bukan kah selama ini dia hanya duduk di dalam bilik sahaja?

Smith Ezekiel semakin mendekati Hanani Aqilah yang menyorok berdekatan tong-tong sampah. Kasihan gadisnya. Langkahnya berhenti betul-betul di hujung kaki Hanani Aqilah.

"Hanani Aqilah, keluar lah dari situ."

Hanani Aqilah masih mendiamkan diri. Kepalanya sedari tadi masih menunduk tidak memandang wajah lelaki di hadapannya ini. Smith Ezekiel mengetap giginya kuat.

Shit! Amarahnya terpancing.

"Aqilah... Keluar lah."

Bukan menurut arahan, malah, gadis itu semakin menyorokkan dirinya di celah tong-tong sampah di situ. Smith Ezekiel menarik dan menghembus nafas beberapa kali. Dia tidak boleh memarahi gadisnya.

"Hanani Aqi---"

"PERGI! SAYA TAK KENAL AWAK! ORANG JAHAT! PERGI!  PERGI!!!"

Tersentak Smith Ezekiel mendengar teriakan gadis itu. Serta-merta wajahnya memerah kerana asyik menahan marah. Kaki Hanani Aqilah di cengkam kuat mengejutkan gadis itu sebelum di tarik keluar dari celah tong-tong sampah itu.

Tanpa sebarang kata, Smith Ezekiel terus mendukung Hanani Aqilah seperti anak kecil keluar dari situ. Gadis itu memberontak sambil menangis teresak-esak. Belakang badan lelaki tidak di kenalinya itu di pukul sekuat hati. Namun sayangnya, pukulannya seakan-akan tidak berhasil.

Ting!

Tiba-tiba satu idea kurang bernas muncul di mindanya. Hanani Aqilah terus menendang kuat 'adik' lelaki itu membuatkannya terlepas dari dukungan. Baru sahaja Hanani Aqilah mahu melarikan diri ke tempat lain, tiba-tiba langkahnya terhenti.

Baru dia sedar, dirinya di kurung belasan orang berbadan tegap dan masing-masing berwajah bengis. Tangannya menggigil ketakutan. Apa salahnya sehingga terlibat dengan semua ini?

Beberapa minit kaku begitu, tiba-tiba terasa sepasang tangan memeluknya erat dari belakang. Nafas hangat lelaki itu menyapa di telingan membuatkan dia menggeliat sedikit.

"Try to run again, dear?"

Hanani Aqilah menundukkan kepalanya. Air mata serta-merta mengalir di pipi dan lama-kelamaan semakin deras. Esakan gadis itu mula kedengaran. Smith Ezekiel segera mendukung semula gadisnya lalu masuk ke dalam kereta limousin yang berada di sebalik kereta-kereta anak buahnya.

"Jalan."

Pemandu kereta itu mengangguk lalu memulakan perjalanan. Hanya bunyi esakan Hanani Aqilah sahaja yang kedengaran di dalam kereta itu. Smith Ezekiel semakin mengeratkan pelukannya apabila menyedari tubuh kurus dan kecil gadisnya menggigil kuat.

Dia tahu Hanani Aqilah ketakutan. Rambut gadis itu di selitkan di belakang telinga kerana menghalang lelaki itu daripada melihat wajah cantik Hanani Aqilah. Smith Ezekiel menepuk-nepuk punggung Hanani Aqilah seolah-olah mendodoikan gadis itu.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang