Part 11 - PERBINCANGAN

10K 541 38
                                    

K-drama or C-drama?

★★★

Bau ubat-ubatan yang kuat memasuki rongga hidungnya membuatkan Hanani Aqilah terbangun dari pengsannya. Rasa lelah dan penat di seluruh badan sedikit sebanyak menyukarkan dia untuk bangun.

Beberapa minit berkeadaan begitu, baru lah Hanani Aqilah mampu untuk bangun bersandar di kepala katil. Matanya melilau memandang setiap sudut bilik tersebut. Gadis itu menghela nafas lega. Air mata  bertakung di kelopak matanya dek kerana terlalu gembira. Senyuman lebar muncul menyerikan wajah pucatnya.

Dia berada di hospital. Dan ini bermakna, dia sudah bebas dari genggaman lelaki itu.

"Finally, I'm free. Thank you, Allah."

Klak!

Matanya terus beralih ke arah pintu. Serta-merta senyuman lebarnya memudar. Bibirnya bergetar menahan tangisan.

"Cik Muda Hana dah sedar? Alhamdulillah. Dah dua hari Cik Muda tak sedarkan diri. Saya baru nak diagnosis Cik Muda sebagai pesakit koma. Saya tumpang gembira. Ada sakit dekat mana-mana ke?"

Diam.

Gadis itu berfikir keras sedalam-dalamnya. Dia tak sedarkan diri dua hari? Bukan kah dia hanya pengsan sahaja?

"Cik Muda? Cik Muda dengar tak apa yang saya cakap?"

Wajah doktor di hadapannya ini di pandang. Dia tahu siapa lelaki itu. Walaupun samar di ingatannya, tetapi, dia sangat yakin lelaki di hadapannya ini mempunyai kaitan rapat dengan Monster itu.

"Saya... Belum bebas lagi kan?"

"I'm sorry? Saya tak faham maksud Cik Muda."

"Lelaki tu... Saya... Masih dalam genggaman lelaki tu kan? Lelaki yang kononnya hero tapi dia juga orang yang bunuh ayah saya. Betul kan?"

Aurel terkelu lidah. Walaupun dia tidak memahami maksud gadis itu, tetapi, dia tahu siapa yang di maksudkannya.

Sudah tentu Smith Ezekiel.

"Maaf, saya tak fa---"

"JANGAN TIPU LAH! Awak orang dia kan? Saya dah agak dah."

Tangisannya mulai bergema. Aurel diam tidak berganjak. Tidak pasti apa langkah paling terbaik yang boleh dia lakukan. Lama berkeadaan begitu, Aurel memutuskan untuk melangkah keluar di ikuti pembantunya.

"Call Tuan. Bagitahu yang Cik Muda dah sedar. Tapi, suruh dia jumpa saya dekat office."

"Baik, doktor."

Aurel mengangguk sekilas. Dia berjalan tegak masuk ke dalam lif khas untuknya. Lelaki itu mengeluh pendek. Nampaknya, khidmat Carlos benar-benar di perlukan sekarang. Mereka perlu mengetahui apa kisah silam gadis itu.

***

Dari hujung lorong kelihatan figura manusia bertubuh tegap sedang berlari laju tanpa memandang kiri kanan. Pintu bilik kerja itu di buka kasar tanpa memperdulikan jantung orang di dalam.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Donde viven las historias. Descúbrelo ahora