Part 31 - MALL

7K 374 9
                                    

Sun is rising, rain is falling. When I see you smiling, damn I'm falling.

★★★

Matahari sudah terbenam di gantikan pula dengan bulan yang mula memunculkan dirinya. Di sebuah rumah agam yang besar dan gah di tengah hutan, terlihat sepasang suami isteri sedang menonton televisyen di dalam bilik mereka sambil berbual kosong.

Mata Hanani Aqilah kekal tertumpu pada kaca televisyen tetapi tangan kekal mengusap rambut suaminya yang bahkan lebih lembut daripada rambutnya.

"Sebenarnya, abang, ada lagi satu sebab kenapa saya tak nak nikah dengan abang." Hanani Aqilah bersuara setelah beberapa minit mendiamkan diri.

"Kenapa?" Ringkas Smith Ezekiel bertanya. Mata lelaki itu lansung tidak beralih daripada memandang wajah isterinya.

Remember, he's obsessed and posessive. Only for his wife.

"Dulu, masa saya umur empat belas tahun, saya liar. Couple dengan orang tak elok. Selalu sangat keluar malam tak balik-balik. Kadang-kadang sampai duduk rumah kawan saya sebab takut nak balik. Boyfriend saya masa tu selalu sangat nak buat benda tak elok dekat saya. Tapi, saya masih tak break up dengan dia sebab saya cintakan dia sangat-sangat. Saya ni, bukan perempuan yang baik, abang. Saya jahat, liar, tak sesuai untuk orang macam abang."

"Kenapa sayang cakap macam tu? Hm? Abang ni pun bukannya lelaki yang baik. Kita sama-sama jahat, sama-sama serba kekurangan. Sebab tu abang pilih sayang sebagai isteri abang. Sayang betulkan abang, abang betulkan sayang. Itu yang patut kita buat sebagai suami isteri kan?"

Hanani Aqilah tersenyum hangat. Ada betulnya juga apa yang di katakan suaminya. Tidak ada manusia yang sempurna. Jika kita saling melengkapi, maka tidak ada yang menderita.

"Sayang, sebenarnya, abang nak buat perkahwinan kita dekat dalam Malaysia je. Boleh?"

"Saya okay je. Abang yang tanggung semua kos sedangkan saya tak bagi sesen pun selama ni. Saya minta maaf."

"Abang tak kisah pun. Buat apa abang kerja siang malam selama ni kalau cuma nak simpan dalam bank je. Kan?"

Hanani Aqilah mengangguk mengiyakan. Sedangkan boleh sahaja lelaki itu mendermakan duitnya kepada orang susah.

"Dah nak pukul sebelas ni. Jom tidur."

"Abang, saya dah besar tau. Saya boleh tidur lewat lah."

"Pasti?"

Hanani Aqilah mengangguk. Lelaki itu menghela nafasnya pendek.

"Ya lah ya lah."

***

Keesokan paginya, Smith Ezekiel bangun terlebih dahulu daripada Hanani Aqilah. Sudah sepuluh minit lelaki itu terjaga namun dia lansung tidak berganjak dari atas katilnya.

Wajah isterinya yang sedang tidur nyenyak membuatkan dia tidak mahu melepaskan peluang untuk menatapnya dalam-dalam.

"Hey, baby. Wake up. Hari ni kita nak pergi jalan-jalan." Smith Ezekiel mengucap lembut.

Mata Hanani Aqilah tercelik kecil memandang suaminya. Dia menguap kecil sebelum bangun dari baringnya. Selepas solat subuh di imamkan Smith Ezekiel awal pagi tadi, dia terus sambung tidur tanpa menghiraukan lelaki itu yang sudah tidak boleh terlelap lagi.

"Kita nak pergi mana?" Soal Hanani Aqilah mamai.

"Kita nak pergi mall. Abang nak belikan sayang sesuatu lepastu, kita pergi dating." Jawab Smith Ezekiel masih lagi berlembut. Jika anak buahnya nampak perlakuan tuan mereka itu, sudah semestinya malu tujuh keturunan Smith Ezekiel.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ