Part 4 - LORONG

12.7K 657 49
                                    

Cecair yang menitik di wajahnya membuatkan Hanani Aqilah mencelikkan mata. Cuaca yang agak mendung menandakan hujan akan turun sebentar lagi.

Gadis itu termenung sebentar. Dia sendiri tidak tahu sekarang ini pukul berapa. Lambat-lambat Hanani Aqilah bangun dan meneruskan perjalanan. Langkahnya di lajukan apabila menyedari hujan menitik semakin lebat.

Bunyi kenderaan menderu membuatkan Hanani Aqilah tertanya-tanya. Dia melangkah lurus ke hadapan sehingga lah menjumpai jalan raya yang sibuk dengan kereta-kereta yang lalu-lalang. Tiba-tiba matanya terpandang sebuah lorong kecil yang agak gelap.

Dia segera menuju ke situ dan melaluinya tanpa was-was. Hanani Aqilah duduk bersandar berlapikkan kotak-kotak kosong. Dia sedikit lega kerana lorong kecil itu tidak terlalu berbau. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu mencari tempat lain untuk berteduh.

Kriuk!

Hanani Aqilah memegang perutnya yang berkeroncong. Matanya melilau kiri kanan, tetapi, lansung tidak menjumpai apa-apa yang boleh di makan. Sudah lah matahari semakin terbenam. Dia merangkak ke tong sampah di hadapannya.

Perlahan-lahan penutup tong sampah di buka lalu mencari makanan. Di waktu-waktu seperti ini, dia tidak boleh cerewet. Dia masih belum ingin mati lagi. Masih banyak dosa yang dia buat dan belum bertaubat lagi.

Cari punya cari, akhirnya Hanani Aqilah menjumpai sebuah bungkusan makanan yang mempunyai nasi kosong. Perlahan-lahan dia mengunyah makanan tersebut selepas membaca doa makan. Hanani Aqilah lega kerana nasi kosong itu masih belum basi dan tampak seperti belum kotor lagi isinya.

Dia mula makan dengan lahap sehingga habis. Tangannya yang kotor di bersihkan menggunakan air hujan yang menitik lebat. Cuaca yang agak sejuk membuatkan gadis itu menggigil kecil. Selimut usang dan nipis berhampiran tong sampah di ambil lalu menyelubung dirinya.

Matanya di tutup rapat. Mahu menunaikan solat, dia tidak tahu jalan. Di sebabkan ini adalah kali pertama dia keluar dari rumah itu, dia tidak tahu bagaimana mahu menjalani hidup. Jika di rumah, ibunya lah yang menyediakan semuanya. Dari makanan, pakaian dan banyak lagi.

Hanani Aqilah mengeluh halus. Secara jujurnya, dia tidak pasti seratus peratus sama ada nasi kosong tadi benar-benar tidak basi. Risau pula jikalau tiba-tiba dia mendapat sakit perut. Aniaya hidup.

"Haih, bila hujan nak berhenti ni?"

Tangan di tadahkan mengumpul air hujan. Tidak tahu apa lagi yang boleh dia lakukan. Aha! Kalau dia menyanyi boleh tak?

Hanani Aqilah memandang kiri kanan dahulu sebelum berdehem sedikit.

I'm the first to say that I'm not perfect

And you're the first to say that want a best thing

But now I know a perfect way to let you go

Give my last hello

Hope it's worth it

Say yeah yeah yeah

Not tinggi itu di nyanyikan sepenuh hati. Hanani Aqilah menutup matanya menghayati lagu yang di dendangkan dirinya sendiri. Bagaimana dia tahu lagu itu?

Dia terdengar seseorang yang mungkin berada berdekatan rumahnya menyanyikan lagu itu. Hanani Aqilah sangat menyukai lagu tersebut dan sering menyanyikannya walaupun hanya mengetahui setengah perenggan sahaja.

Pada awalnya, dia sendiri terkejut kerana dirinya boleh menyanyikan lagu yang mempunyai not tinggi begitu. Dan bermula dari situ lah dia sering menyanyikan lagu tersebut setiap kali ibu dan ayahnya tidak ada di dalam bilik.

Dan tanpa di sedari gadis itu, terdapat sebuah kamera CCTV tersembunyi yang merakam segalanya. Malah, suara gadis itu juga dapat di dengar kerana CCTV itu adalah yang terbaru di pasaran.

Damn.

***

Smith Ezekiel berjalan ke hulur-hilir sambil menunggu anak buahnya memberikan berita tentang gadisnya, Hanani Aqilah. Jam dinding di pandang sekilas.

Pukul 10 : 35 malam.

Dia mengusutkan rambutnya yang sememangnya kusut. Bagaimana keadaan Hanani Aqilah? Di mana dia berada? Apa yang dia makan?

"ARGH!!!"

Prang!

Pasu kaca di bilik kerjanya di pecahkan satu per satu. Dion yang berada di hujung bilik hanya mampu menunduk dan memekakkan telinga. Dia tertanya-tanya apa yang ada di dalam diri gadis bernama Hanani Aqilah itu sehingga mampu membuatkan tuannya obses dan jatuh cinta pada seorang gadis biasa sepertinya.

Tok!

Tok!

Tok!

"Masuk!"

Klak!

Matteo, orang kanan merangkap sahabat luar kerja Smith Ezekiel masuk dengan wajah kosongnya. Dion mengelap dahinya yang mengeluarkan peluh. Aura kedua-dua lelaki di hadapannya ini sangat menakutkan. Seorang dengan masalah anger issues nya, lagi seorang pula mempunyai masalah kekurangan emosi.

"What?"

"Hana."

Ha, bagus sangat lah tu. Satu orang satu patah perkataan. Jimat oksigen di dalam bilik ini.

Smith Ezekiel mula melangkah keluar di ikuti Matteo dan Dion. Smith Ezekiel dan Matteo duduk di sofa berkembar manakala Dion hanya berdiri tegak di sebelah Smith Ezekiel.

Laptop di hidupkan lalu rakaman CCTV di mulakan. Jelas di dalam rakaman itu kelihatan Smith Ezekiel yang sedang duduk berlapikkan kotak-kotak kosong sambil menyanyi di waktu hujan. Smith Ezekiel tersenyum lebar hingga ke pipi. Itu salah satu kelebihannya yang tidak di senangi orang di sekitarnya.

Kerana senyuman itu agak menakutkan. Layaknya seperti seorang badut gila.

Dion berdehem sedikit kuat membuatkan senyuman 'badut' Smith Ezekiel luntur. Lelaki itu segera bangun lalu berjalan keluar dari mansion nya. Kereta limousin yang sudah tersedia segera di masuki. Selepas mendapat arahan, pemandu itu segera memandu kereta mewah itu keluar.

Beberapa buah kereta Ranger Rover yang di pasang bumper guard di hadapannya juga turut mengikuti kereta limousin Smith Ezekiel dari belakang. Smith Ezekiel menilik jam tangannya. Jika anggarannya betul, hal malam ini akan berakhir sebelum pukul dua belas tengah malam.

Jika anggarannya salah, dia akan menghukum diri sendiri. Seperti contoh, melakukan push up sebanyak seribu satu kali tanpa henti. Hukuman yang mempunyai faedah tentunya.

Memikirkan semula lorong kecil tempat gadisnya berteduh sebentar tadi cukup untuk membuatkan dia berasa marah pada diri sendiri. Andai dia tidak membunuh ayah gadisnya di depan mata, pasti semua ini tidak akan berlaku.

Tetapi, penting untuk gadis itu tahu tentang dirinya. Betul juga. Lambat-laun gadis itu tetap akan tahu juga.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Gadisnya tidak pernah keluar dari rumah sebelum ini. Malah, tidak pernah sekali pun gadis itu melihat wajah orang lain selain arwah Encik Rahman dan arwah Puan Aida.

Ah, keadaan pasti akan menjadi semakin sukar. Bagaimana jikalau sifat amarahnya tidak dapat di bendung di hadapan Hanani Aqilah? Semakin susah.

Smith Ezekiel cuba untuk meneutralkan nafasnya. Dia tidak boleh berada di dalam situasi yang sangat tertekan. Atau semua perkara akan menjadi sebaliknya.

Hanya satu sahaja dia berharap sekarang ini. Hanani Aqilah berjaya di bawa pulang tanpa perlu mencederakan gadis itu.

Ya, dia sangat berharap buat pertama kali di dalam hidupnya.

☾ ⋆*・゚:⋆*・゚:✧*⋆.*:・゚✧.: ⋆*・゚: .⋆ ☾

TO BE CONTINUED

-28/8/2021
-12:15 a.m

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now