Part 8 - EAT

12.2K 547 6
                                    

Pagi keesokan harinya, Hanani Aqilah bangun dan membersihkan diri selepas di paksa lelaki tidak di kenalinya itu. Dia memakai dress tidak kembang berwarna merah yang di sediakan lelaki itu.

Klak!

Hanani Aqilah keluar dari bilik salin pakaian dengan kepala yang tertunduk. Tangannya meramas hujung pakaian yang di pakainya dek kerana gelisah.

Smith Ezekiel mendekati gadis itu yang sejak tadi berdiri tegak di hadapan pintu bilik salin pakaian. Pipi Hanani Aqilah di sentuh lembut namun di tepis gadis itu.

"You look beautiful, my little red rose."

Hanani Aqilah diam tidak membalas. Peluh yang membasahi dahinya di lap Smith Ezekiel menggunakan sapu tangannya.

"Na-nama encik apa?"

"Monster."

"Encik!"

Smith Ezekiel tertawa lucu. Dia sedaya upaya mencuba untuk membuatkan situasi menjadi tidak kekok. Tubuh Hanani Aqilah di dukung seperti anak kecil.

Smith Ezekiel berjalan masuk ke dalam lif. Butang lif ke tingkat bawah di tekan. Hanani Aqilah diam sambil memandang ke bawah. Tiba-tiba air mata bertakung di kelopak matanya.

Hanani Aqilah memegang tempat di mana jantungnya berdetak. Entah kenapa, dia terasa sangat down hingga membuatkan tangisannya mula kedengaran. Smith Ezekiel terus memandang wajah gadisnya.

"Hei, Aqilah. Kenapa ni? Ada sakit dekat mana-mana ke? Aqilah, tell me!"  Badan Hanani Aqilah di goncang sedikit kuat mendesak gadis itu.

"Tak tahu... Hiks hiks... Tiba-tiba saya rasa sedih..."

Smith Ezekiel terus memeluk Hanani Aqilah. Kepala gadis itu di sorokkan di ceruk lehernya. Punggungnya di tepuk-tepuk seolah-olah mendodoikan gadis itu.

Ting!

Smith Ezekiel melangkah keluar dan terus berlalu menuju ke dalam ruang makan. Para maid serta anak-anak buahnya yang berdiri tegak di tepi meja makan itu di pandang.

"Semua keluar. Tinggalkan aku dengan perempuan aku sahaja."

"Yes, Sir."

Smith Ezekiel duduk di kerusi bersama Hanani Aqilah di ribanya. Smith Ezekiel memandang wajah sembab gadisnya. Dia mengeluh pendek.

"Aqilah, kita makan dulu ya. Sekejap lagi, kita jumpa seseorang. Boleh?"

Hanani Aqilah menganggukkan kepalanya beberapa kali. Air mata di kesat lembut menggunakan belakang tapak tangannya. Baru sahaja dia mahu berganjak tangan lelaki itu sudah pun memerangkap dirinya.

"Just stay like this, amore mio."

"Tapi kan haram. Kita bukan mahram."

"Bukan untuk waktu yang lama."

"Hah?"

Smith Ezekiel hanya tersenyum sebagai balasan. Bubur kosong di ambil sebelum sesudu di masukkan ke dalam mulut Hanani Aqilah. Namun, wajah gadis itu terlihat biasa dan seakan-akan menikmati bubur tersebut.

"Sedap ke bubur tu?"

"Sedap! Nak lagi."

Smith Ezekiel mengerutkan dahinya kehairanan. Sesudu bubur di masukkan ke dalam mulut. Namun, tidak lama kemudian di muntahkan bubur tersebut dek kerana tekstur yang tidak menepati citarasa nya.

"Kenapa encik muntahkan? Bubur ni sedap aje saya rasa."

Smith Ezekiel memandang wajah Hanani Aqilah lama. Gadis itu terus menundukkan kepalanya. Dia ada tersalah cakap ke?

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now