Part 10 - MISI SELESAI

10.1K 545 13
                                    

Jarum jam menunjukkan sudah pukul tujuh malam. Bulan juga sudah mula menampakkan dirinya. Namun, kehilangan Hanani Aqilah masih menjadi tanda tanya.

Dan sepanjang ketiadaan gadis itu, mansion gah di dalam hutan tersebut tidak henti-henti mengeluarkan bunyi barang-barang pecah yang semestinya di buat oleh Smith Ezekiel.

Sehingga waktu itu, belum ada lagi anak-anak buah lelaki itu yang pergi berjumpa dengannya kerana mereka tahu, tuan mereka tidak menerima sebarang berita yang belum benar-benar di sahihkan kebenarannya.

Dion juga tidak henti-henti bekerja dari siang hingga ke malam dek kerana arahan Smith Ezekiel. Matteo sudah pun pulang ke rumahnya sendiri di sebabkan mempunyai hal peribadi.

Klak!

Bunyi pintu terbuka membuatkan seluruh pandangan teralih memandangnya. Kelihatan figura berbadan besar dan tegap keluar dengan wajah bengisnya. Masing-masing menelan air liur mereka.

Mental perlu bersedia.

"Dah jumpa ke belum?"

Diam. Tiada yang berani menjawab persoalan itu. Segelintir orang di situ terbuka mulutnya tetapi tidak ada suara yang keluar. Terasa seperti badan tidak memberikan kerjasama apabila memandang wajah mengerikan tuan mereka.

"AKU TANYA NI JAWAB LAH!!!"

"Belum, Tuan."

Akhirnya, Dion mula berbicara mewakili anak-anak buah yang lain. Nampak gayanya, hanya dia seorang saja lah yang bakal menghadap amarah Smith Ezekiel.

"Tak jumpa? Tak jumpa ya?"

"Be---"

Bang!

"ARGH!"

Dion jatuh terduduk sambil memegang lututnya yang mula mengeluarkan darah. Beberapa orang yang berada berdekatan dengannya membantu lelaki itu bangun dan beredar dari situ.

Suasana bertukar menjadi sunyi semula. Tiba-tiba, telefon Smith Ezekiel bergetar menandakan panggilan masuk.

"Hm."

"Ezekiel, aku dah dapat detect location Hana."

"Macam mana? Sedangkan anak buah aku pun tak dapat cari."

"Sebab perempuan kau dah lari jauh! Dah keluar dari tempat kau. And you know what? Dia duduk dalam rumah orang lain sekarang. Dan orang lain tu, lelaki."

"Kau cakap apa ni, bangsat?! Aku tak ada masa lah nak main-main."

"Aku tak tipu lah! Aku bagi location sekarang. Kau pergi lah tengok guna mata kau sendiri. Cau."

Tut!

Sejurus panggilan itu terputus, sebuah mesej masuk ke dalam telefonnya. Smith Ezekiel terus berlari keluar dari mansion nya dengan wajah yang ketat.

"Group 1 follow me."

"Yes, Sir."

Mereka segera bersiap bersama senjata masing-masing lalu bergerak mengikuti penjejak lokasi yang telah di berikan Dion tadi.

***

Sudah satu jam Smith Ezekiel dan yang lain berada di situ. Tetapi, tiada sebarang tindakan daripada mereka. Lelaki itu terlihat bingung, sama seperti anak-anak buahnya.

Rumah di hadapan mereka ini bukan seperti yang di sangka-sangka. Ianya bagaikan rumah banglo, bukan, rumah di hadapan mereka ini sangat besar dan mewah. Tidak sesuai untuk di panggil rumah banglo.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now