Part 25 - PSIKOTERAPI

9.2K 453 3
                                    

Just thinking about you make me smile, honey.
-Smith Ezekiel

★★★

Sinaran matahari mula memancar mengenai netra mata Hanani Aqilah. Dia merenggangkan badannya lalu menghembuskan nafas panjang.

"Good morning, my wife. Did you sleep well?"

Hanani Aqilah hampir menjerit kecil apabila tiba-tiba ada suara garau menyapa dirinya. Dia memandang takut Smith Ezekiel yang sedang menghampirinya sambil menatang dulang.

"En-encik."

"Kau tak sepatutnya panggil suami kau macam tu. Kau sedar tak sekarang ni kau siapa? Aku siapa?"

"Maaf."

Smith Ezekiel diam tidak membalas. Semangkuk bubur ayam di pegang secara berhati-hati. Tangannya mencedok sesudu bubur lalu di halakan pada mulut Hanani Aqilah. Namun, wanita itu menolak perlahan.

"Why, Hani?"

"Saya tak nak makan. Tak selera."

"No. Kau kena makan jugak. Kalau kau tak nak, aku paksa. Buka mulut."

"Tak nak!"

"Hani..."

Wanita itu menggeleng keras. Sememangnya dia tidak mempunyai nafsu ingin mengisi perut tika ini. Sejujurnya, dia tidak pernah menyukai makan sewaktu pagi. Andai dulu bukan di sebabkan arwah ibunya yang memasak, pasti dia akan menolak.

"Sayang... Sekali lagi aku cakap, makan. Bubur. Ni."

"Tak nak..."

Selimut tebal di genggam kuat. Tangannya menggigil halus. Baru sahaja dia ingin berganjak, tangan kekar Smith Ezekiel merangkul badannya lalu menarik kuat masuk ke dalam pelukannya.

"Bagi aku alasan yang kukuh, kenapa kau tak nak makan?"

"Saya... Saya betul-betul tak ada selera."

"Okay, then..."

Prang!

Terhinjut bahu wanita itu apabila tiba-tiba Smith Ezekiel menghempas mangkuk bubur tersebut ke lantai. Bergenang air mata wanita itu menahan ketakutan.

Selepas mendapat gelaran suami, kenapa lelaki itu masih tidak mahu berubah?

"Awak jahat..."

"Yes I am."

Smith Ezekiel semakin mengetatkan pelukan apabila wanita itu cuba untuk melepaskan diri. Leher isterinya di gigit meninggalkan kesan love bite di bahagian itu.

Kring!

Kring!

Perbuatan Smith Ezekiel terganggu dek kerana bunyi deringan telefon pintarnya. Dia segera menjawab panggilan tanpa memandang nama orang yang menelefonnya.

"Apa?"

"Selamat pagi, Tuan. Saya Carlos. Hari ni bukan ke Tuan kata nak bawa Puan Hana jumpa saya?"

"Ya ya aku tak lupa. Sekejap lagi aku sampai."

Tut!

Panggilan di tutup tanpa menunggu balasan pihak sebelah. Tanpa apa-apa, tubuh Hanani Aqilah di angkat seperti guni di atas bahunya.

"Encik! Apa encik buat ni?! Turunkan saya!"

"Nope. You should meet someone."

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now