Part 16 - BINCANG

8.7K 468 22
                                    

Panic attack or anxiety?

★★★


Bam!

Bunyi pintu yang di tutup kuat membuatkan bahu Aurel terhinjut mendengarnya. Dadanya di usap-usap menyuruh agar dirinya tidak terlepas cakap.

Apa lagi kalau mencarut.

"Kau memang tak ada adab eh?! Lepas tu, tadi ka---"

"Ya, aku memang tak ada adab. Okay, selesai masalah."

"Tak, lagi satu ni aku nak cakap, kau tak per---"

"Oi, kan aku dah cakap, masalah selesai. Tak ada nak per per."

"DENGAR LAH AKU CAKAP SAMPAI HABIS!!!"

Nafas Aurel turun naik memandang wajah selamba Smith Ezekiel. Boleh pula lelaki itu menggaru dagu sambil memandang ke atas seolah-olah sedang berfikir?!

Ya Tuhan.

"Ha, cakap lah. Aku dengar."

"Tadi, aku dapat call dari Carlos. Dia kata, kau tak bawa Cik Muda Hana jumpa dia kan? Kau tahu tak dia tunggu dekat situ berapa lama? Dari pukul sebelah pagi tadi sampai pukul tiga petang sekarang dia duduk situ tahu tak?! Kau ni, kalau bukan sebab aku ni di bawah kau, dah lama dah aku tumbuk sepak terajang muka kau yang ala-ala mafia tu. Biar semua perempuan lari dari kau. Sampai si Cik Muda Hana pun ikut lari sama."

"...Dah? Puas hati?"

"Dah dan aku puas hati."

"Good. Now, dengar pula alasan aku."

"Yang pertama, aku lupa pasal doktor tu sebab tadi aku kena buat sesuatu yang mustahak. Kedua, ya, bukan setakat muka, aku memang seorang mafia dari azali lagi. Dan kau pun mafia, cuma kau bawah sikit dari aku. Ketiga, kalau kau nak babitkan perempuan aku dalam hal-hal macam ni, jangan pelik kalau satu hari nanti keluar berita hospital kau ni rentung."

Masing-masing diam. Puas apabila dapat melepaskan segala perkara yang asyik di pendam.

Tidak lama kemudian, semuanya berjalan seperti biasa. Aurel kembali menyambung kerjanya manakala Smith Ezekiel membuat beberapa panggilan telefon pada client-client nya yang ingin bekerjasama dengannya.

Selain menjadi seorang ketua mafia, Smith Ezekiel juga turut mempunyai lesen untuk menjual senjata-senjata tetapi hanya senjata-senjata yang berharga atas seratus ribu sahaja. Jadi, semestinya pelanggan-pelanggan lelaki itu bukan calang-calang orangnya.

Daripada kumpulan-kumpulan mafia yang terkenal di seluruh negara hingga lah ahli-ahli politik juga pernah menjadi pelanggannya.

No money, fuck off.

"Ezekiel, berapa lama lagi kau nak duduk sini? Menyemak lah tengok muka kau."

"Ya-ya. Aku call Dion dulu. Sekejap lagi aku pergi."

Nombor telefon Dion segera di dail. Tidak menunggu lama, panggilan terus di jawab pihak sebelah.

"Yes, Sir?"

"Tolong tengok balik CCTV dekat mansion aku tu. Cari siapa yang ada cari masalah dengan perempuan aku."

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now