Part 7 - CONTROL

12.9K 607 21
                                    

Tiga puluh minit berlalu namun Hanani Aqilah masih dengan tangisannya. Smith Ezekiel yang duduk tidak jauh dari tempat Hanani Aqilah hanya mampu memandang sahaja gadisnya menangis.

Fikirnya, mahu membiarkan Hanani Aqilah menangis sepuas hati. Tetapi, rasa kasihan pula melihatnya mengeluarkan air mata tidak henti-henti dari tadi.

"Aqilah, stop crying, okay? Aku tak akan pukul kau lah. Janji."

Hanani Aqilah mengangkat kepalanya. Dia memandang anak mata lelaki itu beberapa saat sebelum mengalihkan pandangan. Boleh percaya ke?

"Pinky promise."

"Hah?"

Hanani Aqilah merengus kecil. Gadis itu membuat bentuk genggam sebelum mengeluarkan jari kelingkingnya dan ibu jari. Dia mendekati lelaki itu sedikit was-was sebelum melakukan pinky promise bersama nya.

Buat seketika, Smith Ezekiel seakan-akan terpana dengan Hanani Aqilah. Buat pertama kalinya dia dapat berdekatan dengan gadis itu tanpa paksaan.

"Ehem! Ehem!"

Pandangan kedua-dua orang itu beralih ke arah pintu utama. Aurel berjalan masuk sambil membawa beg hitamnya.

Nafas Hanani Aqilah tiba-tiba bertukar menjadi tidak teratur. Dia segera bangun ingin menjauhi lelaki itu. Namun, belum sempat dia berlari, tangannya laju di cengkam membuatkan dia terjatuh ke dalam pelukan Smith Ezekiel.

"Don't run. Dia cuma nak check keadaan kau je. Dia tak buat apa-apa. Aku janji."

"Hiks hiks... Tak nak... Dia orang jahat. Awak pun jahat. Semua orang jahat. Semua orang benci saya. Semua orang nak saya mati... Hiks hiks..."

"Hey-hey, tengok mata aku."

"Tak nak."

"Aqilah..."

"Tak nak!"

"HANANI AQILAH!!"

Tersentak gadis itu. Kepalanya menunduk sambil mata di pejam rapat. Telinga di tekup kuat, tangisannya masih kedengaran. Aurel mengeluh panjang. Dua-dua tidak mahu mengalah. Sama-sama keras kepala. Sepadan betul!

"Aqilah, aku... Aku mintak maaf, okay? Aku tak sengaja tengking kau. Sumpah! Betul-betul tak sengaja, Aqilah."

"Tipu! Perangai awak sama macam ayah saya! Tapi, masih nak nafikan. Saya benci awak! Monster!"

"Aqilah..."

Sama ada Smith Ezekiel mahupun Aurel, kedua-duanya menghela nafas panjang. Hanani Aqilah mengesot ke belakang sekali lagi namun pantas di tarik kuat masuk ke dalam pelukan Smith Ezekiel. Dia memberontak semakin agresif membuatkan Smith Ezekiel mendengus kuat.

"Aurel, bagi dia ni ubat tidur."

"Hah?! Tak nak! Hiks hiks... Lepaskan saya... Lepaskan..."

Aurel segera menghampiri bersama ubat tidur yang sememangnya dari tadi berada di dalam genggamannya. Sebagai seorang doktor peribadi Smith Ezekiel, dia perlu menggunakan otaknya untuk menganggarkan apa yang akan berlaku setiap waktu. Untuk beberapa sebab, dia perlu belajar sesuatu yang berada di luar bidangnya semata-mata untuk menjadi doktor peribadi Smith Ezekiel.

Aurel menyuntik ubat tidur itu di lengan Hanani Aqilah yang di pegang Smith Ezekiel. Kedua-dua orang lelaki itu hanya mampu memekakkan telinga saat esakan gadis itu semakin nyaring.

Beberapa minit kemudian, ubat tidur itu mula membuatkan Hanani Aqilah mamai. Smith Ezekiel mengusap-usap ubun-ubun kepala gadis itu hingga lah dia benar-benar terlelap.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Место, где живут истории. Откройте их для себя