Part 3 - DIE

12.9K 666 133
                                    

Zass!

Zass!

Zass!

Zass!

Zass!

Tali pinggang hitam itu di campak ke lantai. Encik Rahman menghela nafas sedikit lelah dek kerana umurnya yang semakin meningkat membuatkan kekuatannya hari demi hari semakin lemah. Puan Aida hanya mampu memandang perbuatan suaminya itu dari jauh sambil menangis.

"Sakit... Hiks hiks..."

"Padan muka kau! Aku dah suruh duduk dalam bilik tu je. Kau tak nak dengar. Degil kau ni, sama macam perempuan tua tu." Datuk Rahman berkata sambil menunjal-nunjal dahi Hanani Aqilah.

"Hana dah besar! Sepatutnya, sekarang ni Hana berseronok dengan kawan-kawan macam orang lain buat... Tapi, ayah asyik kongkong Hana! Aya---"

Pang!

"SIAPA BENARKAN KAU MELAWAN CAKAP AKU?!"

Nafas Encik Rahman turun naik memandang Hanani Aqilah. Gadis itu menangis teresak-esak semakin membuatkan lelaki tua itu naik angin.

"DIAM LAH! BISING TAHU TAK?!"

Perut kempis Hanani Aqilah di tendang kuat berkali-kali tanpa memikirkan perasaan gadis itu. Puan Aida pantas berlari memeluk anaknya. Di tahap ini, dia tidak boleh putih mata sahaja memandang suaminya mendera anak sendiri.

"Abang! Sudah lah tu!"

"KAU DIAM PEREMPUAN!"

Puan Aida mendiamkan diri tetapi posisi badannya masih kekal melindungi anaknya itu. Dek kerana rasa geram yang tidak tertahan, Encik Rahman menolak sekuat hati badan Puan Aida menyebabkan kepala wanita itu terhantuk di bucu meja.

Darah keluar membuak-buak. Hanani Aqilah terkaku beberapa minit. Cecair pekat itu serta-merta membuatkan tragedi itu mulai bermain di mindanya. Encik Rahman juga kelihatan terkedu dan tidak bergerak.

Lambat-lambat Hanani Aqilah bangun sebelum berlari masuk ke dalam biliknya. Matanya melilau ke kiri dan kanan sebelum pandangannya tertancap pada sebuah almari. Dia segera menyorok di dalam perabot itu dan mengecilkan diri di dalamnya. Mulutnya di tekup kuat cuba untuk menghalang sebarang bunyi keluar dari mulutnya.

Tentunya dia mengunci pintu bilik terlebih dahulu sebelum menyorok di dalam almari itu. Tiga minit berlalu namun masih tiada apa-apa berlaku. Kesunyian yang melanda sedikit sebanyak menakutkan gadis itu.

Bam!

Bam!

Bam!

"HANA!! BUKAK PINTU NI! HANA!!!"

Gadis itu menutup telinganya pula sambil menangis. Mata di pejam serapat-rapatnya. Bila-bila masa sahaja pintu biliknya itu boleh pecah. Dan dia takut apa yang akan di hadapi selepas itu.

Bam!

Bam!

Prak!

"Hana... Keluar lah."

Suasana di dalam bilik itu sunyi sepi. Peluh membasahi dahi dan belakang baju gadis itu. Pintu almari yang terbuka sedikit di manfaatkan untuk melihat Encik Rahman yang sedang mencari-cari dirinya.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now