Part 27 - HER SECRET

8.6K 428 9
                                    

Can you be my tsunami without 't' and 'n'?

★★★

⚠️WARNING⚠️

ADA SCENE PSYCOPATH DI PART INI YANG MUNGKIN AKAN MEMUALKAN PARA PEMBACA. JANGAN BACA KALAU READERS TENGAH MAKAN ATAU SENANG LOYA TEKAK. AUTHOR DAH BAGI AMARAN YA.

★★★

Keesokan paginya, di dalam bilik, kelihatan Smith Ezekiel yang sedang memakai coat hitamnya senada dengan seluar yang di pakainya. Baju kemeja putih yang juga tersarung di tepuk-tepuk sedikit membersihkan habuk yang melekat.

"Hani sayang, sini sekejap. Tolong pakaikan tali leher ni untuk aku."

"Okay, daddy."

Hanani Aqilah berjalan laju ke arah suaminya sebelum tali leher itu di ikat kemas pada leher Smith Ezekiel. Tiba-tiba, dahinya di kucup singkat lelaki itu. Tersengih-sengih Smith Ezekiel apabila Hanani Aqilah juga turut mengucupnya di pipi.

"Daddy... Nak pergi jalan-jalan boleh tak?" Soal Hanani Aqilah perlahan. Wajahnya di tundukkan memandang ke arah lantai.

"Tapi kan sayang tak pandai bawa kereta. Macam mana nak jalan-jalan?" Kening lelaki itu ternaik memandang Hanani Aqilah.

"Alah... Kan Dion ada. Lagi pun, saya kan dah berani. Doktor Khan kan dah cakap yang saya dah boleh pergi tempat awam." Suaranya ternaik sedikit namun mula menurun. Smith Ezekiel tersenyum lucu buat beberapa saat.

"Kau pasti ke kau berani?" Kali ini Smith Ezekiel tersenyum sinis memandang wajah menunduk isterinya.

"Awak ni... Kalau tak kasi saya keluar cakap je lah. Saya bukannya tak faham pun ayat-ayat awak tu. Dah lah, saya nak pergi jumpa Doktor Khan. Assalamualaikum."

Belum sempat Smith Ezekiel menahan, wanita itu sudah pun keluar dari bilik meninggalkannya seorang diri. Tergeleng-geleng kepala Smith Ezekiel memandang isterinya. 

"Waalaikumsalam."

***

"Okay, sekarang, saya nak Puan Hana cuba tarik nafas dalam-dalam dan hembus nafas panjang."

Hanani Aqilah mengikut seperti apa yang di suruh Carlos. Dadanya turun naik dengan sekata membuatkan lelaki itu tersenyum memandangnya.

Selepas itu, Carlos bangun lalu menghampiri peti ais di sebelah meja kerjanya. Beberapa ketul ais di ambil lalu di letakkan di dalam mangkuk. Carlos berjalan ke arah Hanani Aqilah semula. Dia mula melabuhkan punggungnya di hadapan wanita itu.

"Puan Hana ambil seketul ais letak dekat dua-dua tapak tangan Puan. Lepastu genggam ais tu sampai cair. Sambil-sambil tu, cuba Puan ingat benda yang paling Puan takut dan benci. Ibaratkan ais yang mula cair tu bawa pergi kenangan buruk tu."

Hanani Aqilah mula menggenggam ais batu tersebut. Mata di pejam rapat sambil otak mengingati kenangan-kenangan buruk yang pernah di laluinya.

Ketika dirinya di cabul bapa sendiri, ketika dirinya di pukul bapa sendiri, ketika dirinya di biarkan kelaparan seharian. Dan sekarang, situasi berubah namun seakan-akan sama. Masih dia ingat sewaktu suaminya yang sekarang ini menderanya setiap kali membuat kesilapan. Dan yang paling terburuk adalah ketika buku lalinya di tukul menggunakan penukul dengan sangat kuat menyebabkan dirinya tidak mampu berdiri apatah lagi berjalan dengan betul buat waktu yang lama.

Beberapa minit berkeadaan begitu, akhirnya Hanani Aqilah membuka mata lalu mengeringkan tangannya menggunakan kain bersih di atas meja. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia memberitahu tentang perkara 'itu'.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now