Part 45 - MERAJUK

7.9K 334 28
                                    

Bukan berniat ingin mengganggu, hanya saja tujuan dari pesanku karena ingin merasakan lagi candaanmu.

-Vionara

★★★

"Sayang, makan lah."

"Tak nak. Tak ada selera."

"Ala... Sayang... Abang minta maaf lah pasal tadi."

Hanani Aqilah tidak membalas. Matanya kekal memandang ke luar tingkap tanpa sedikit pun menoleh ke wajah suaminya itu. Smith Ezekiel mengeluh kesal.

"Sayang, makan lah sikit. Sayang baru bangun kan? Kesian dekat perut sayang."

"...Saya nak tidur."

Lalu Hanani Aqilah terus menyelubungi dirinya menggunakan selimut tebal. Smith Ezekiel berdecak sebal. Wanita itu merajuk dengannya gara-gara kejadian yang baru sahaja berlaku sebentar tadi.

FLASHBACK

Matanya terbuka perlahan. Hanani Aqilah pantas bangun namun terhenti apabila sakit kepala tiba-tiba menyerang.

"Sayang? Sayang dah bangun?"

Lah, dah nampak tanya lagi.

Hanani Aqilah tidak menjawab. Mungkin masih mamai atau sedang mengumpul nyawa. Smith Ezekiel terus menekan butang merah di belakang katil untuk memanggil doktor bertugas.

Tidak mengambil waktu yang lama, seorang doktor lelaki serta seorang pembantu doktor memasuki bilik VVIP mereka. Rahang Smith Ezekiel mengeras melihat kedua-dua orang itu.

"Tak ada doktor perempuan ke?!"

"M-maaf, Tuan. Semua sibuk dengan pesakit-pesakit lain." Jawab doktor lelaki itu sambil menunduk memandang lantai.

"Tck! Dah cepat!"

Mereka segera menghampiri Hanani Aqilah yang setia memandang tanpa melakukan apa-apa pun. Jika wanita itu sedang sihat, sudah pasti Smith Ezekiel di ceramah habis-habisan oleh Hanani Aqilah.

Namun, belum sempat tangan doktor tersebut menyentuh anggota badan Hanani Aqilah, perut lelaki itu di tendang kuat Smith Ezekiel membuatkan dia terjatuh ke belakang. Pantas pembantu doktor membantu lelaki itu.

"JANGAN SENTUH BINI AKU LAH, BODOH!"

Nafas Smith Ezekiel turun naik laju. Hanani Aqilah mula berwajah kesal memandang suaminya itu. Nampaknya, amarah lelaki itu masih belum pudar. Haih, kesian doktor tu.

"Uhuk! Uhuk! Tuan, kalau saya tak sentuh isteri Tuan, macam mana saya nak check kesihatan Puan Hana?"

"HA MENJAWAB-MENJAWAB! DAH, KELUAR!"

Mencicit lari doktor itu serta pembantunya. Smith Ezekiel mendengus kuat. Wajah yang tadinya bengis dan menakutkan beransur pudar saat memandang wajah pucat isterinya.

"Sayang—"

"Hish! Kesian doktor tu. Dah lah! Saya nak tidur."

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now