Part 48 - GOOD BYE

7.5K 350 33
                                    

⚠️ WARNING ⚠️

SEDIAKAN TISU SEBELUM MEMBACA. HOPE YOU ENJOYED IT!

★★★

Meski dia hilang dan membawa pergi semua kenangan, teruslah percaya aturan Tuhan itu sangat sempurna. M ungkin satu hari nanti Dia ingin berikan yang lebih baik.

-Quotes from Telegram

★★★

"Dion, dia dah berada di tahap paling kritikal. Tulang rusuk kiri dia dah hancur, saluran pernafasan tak dapat berfungsi lagi. Tak ada peluang untuk dia selamat."

"What?" Dhia memandang Aurel keliru.

"Aurel, apa yang kau cakap ni? Jangan bergurau lah. Tak lawak, bro." Suaranya bergetar ketika berkata. Mata Smith Ezekiel mula berkaca.

Namun, dari siratan mata Aurel, dapat di pastikan ianya benar dan bukan sebuah gurauan.

"Dah tak ada guna lagi Dion pakai alat pernafasan tu sebab ajal dia dah dekat. Jadi, Dhia, awak setuju tak kalau saya... Cabut alat pernafasan tunang awak? Saya memang dah cuba yang terbaik untuk selamatkan Dion. Tapi, dia lagi memilih untuk pergi daripada bertahan. Masih ada waktu lagi kalau awak nak sampaikan apa-apa dekat Dion. Jadi, kalau awak setuju nak cabut alat pernafasan Dion, ikut saya tanda tangan surat kebenaran."

Dhia diam buat beberapa minit. Semua ini terlalu mengejutkan baginya. Baru semalam dia dan Dion keluar bersama meluangkan masa dengannya, tiba-tiba hari ini dapat berita yang mengejutkan. Jujur dari hati, dia tidak sanggup untuk melepaskan Dion. Lelaki itu adalah lelaki kedua yang terbaik di dalam hidupnya. Dan yang pertama semestinya ayahnya.

"Okay, saya setuju."

"Ikut saya, Cik Dhia."

Aurel dan Dhia berlalu pergi sebentar untuk melakukan penandatangan surat kebenaran tersebut. Smith Ezekiel meraup wajahnya kasar. Mata lelaki itu tersangat lah merah sehingga membuatkan Hanani Aqilah merinding dalam diam.

Matteo bangun lalu berganjak pergi. Tidak betah lagi dirinya untuk berlama-lama di situ. Masuk-masuk sahaja ke bahagian tangga kecemasan, air mata mula deras mengalir. Dia lalai, dia cuai, sehinggakan nyawa sahabat sendiri pun tergadai.

"ARGGHHH!!!" Matteo menjerit sekuat hati sebelum menangis teresak-esak. Ini adalah kali pertama dia menangis sekuat hati.

Susuk tubuh Matteo yang sering terlihat dingin, kuat, tabah dan berani, kini terlihat rapuh tidak berdaya. Betapa hebatnya kuasa persahabatan mereka, tidak tertandingi.

"DION, KAU DAH JANJI TAK AKAN TINGGALKAN AKU!!! KAU DAH JANJI AKAN SETIA SAMPAI MATI DENGAN AKU!!! KAU DAH JANJI NAK KITA BERJAYA SAMA-SAMA!!! Kau dah janji, Dion..." Wajahnya kini memerah. Jelas di wajah lelaki itu, dia tersangat lah punah tika ini. Namun, tiada siapa pun yang berada di sisinya untuk menenangkan dirinya.

Allahu.

"Kau mungkiri janji, Dion..."

***

Klak!

"Silakan, Cik Dhia. Take your time, okay?" Aurel membukakan pintu bilik yang telah di tempat kan khas untuk Dion seorang.

Smith Ezekiel dan Hanani Aqilah sudah pun bertemu Dion untuk kali terakhir tadi. Kini giliran Dhia pula. Matteo pula... Katanya mahu pulang. Ada hal peribadi yang perlu di uruskan. Tidak mengapa lah. Matteo pasti orang yang paling tersakiti kerana lelaki itu sentiasa bersama Dion sejak kecil lagi.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Where stories live. Discover now