Part 24 - HARI PERNIKAHAN

9.7K 435 11
                                    

Tak ada soalan untuk part kali ni. Author lupa. Author bagi pickup line je lah.

★★★

When I see you, I said Masya Allah. When I know you, I said In Sha Allah.

★★★

Seawal jam enam pagi lagi kedua-dua bakal pasangan suami isteri itu sudah pun bangun membersihkan diri untuk hari bahagia bagi mereka.

Atau lebih tepat lagi, hari bahagia bagi Smith Ezekiel sahaja.

Gadis itu lansung tidak mengeluarkan suaranya dan wajah Hanani Aqilah kosong tanpa ekspresi. Pernikahan mereka terpaksa di lakukan pada waktu malam dek kerana beberapa masalah yang tiba-tiba muncul.

Dan sekarang, jarum jam sudah menunjukkan pukul enam setengah petang. Hanani Aqilah memandang wajahnya yang sudah di solek tipis oleh seorang professional.

Potongan baju pernikahan yang di pakainya sangat lah cantik dan anggun. Tiada belahan dada atau bahagian badannya yang di tonjolkan atas arahan Smith Ezekiel. Tudung putih yang di pakainya di pegang lembut.

Dia sukakan hijab seperti ini. Simple but nice.

Bahunya di pegang seseorang dari belakang. Dan sudah tentunya orang itu adalah Smith Ezekiel. Hanani Aqilah menggigit bibir bawahnya ketakutan.

"You're going to be my wife, Hani. Don't make a trouble or I will make you regret it. Okay?"

Hanani Aqilah pantas mengangguk laju.

Smith Ezekiel mengucup telinga Hanani Aqilah lembut. Dia berjalan keluar meninggalkan gadis itu sendirian. Hanani Aqilah menggigit hujung kukunya sambil kaki bergoyang-goyang tidak sekata.

Laci di buka lalu tangan meraba-raba mencari ubat pil nya. Dua biji di telan terus tanpa meneguk air. Hanani Aqilah mengeluh panjang.

Secara jujurnya, dia bukan seorang gadis yang kuat dan boleh menghadapi segala ujian. Dia lebih cenderung untuk mengeluh dan menangis daripada menghadapinya.

Kerana itu lah dia sangat memerlukan seseorang seperti arwah ibunya untuk melawan segala ujian itu. Namun, lihat lah sekarang, ujian sentiasa menghentamnya sewaktu tiada sesiapa berada di sisinya.

"I wish I die."

***

Di waktu malam yang indah itu. Terlihat di hadapan sebuah mansion gah di tengah hutan, kelihatan susuk tubuh Smith Ezekiel yang sedang memimpin tangan bakal isterinya masuk ke dalam kereta limousin miliknya.

Kereta mewah itu mula bergerak sambil di iringi berpuluh-puluh buah kereta BMW hitam pekat yang di pandu anak-anak buah Smith Ezekiel. Encik Smith Henderson dan Puan Bianca Amelia tidak menghadiri majlis tersebut kerana hal mustahak.

Well, Smith Ezekiel juga tidak mengharapkan kedua-dua ibu bapanya hadir ke majlis pernikahannya.

Keadaan di dalam kereta mewah itu sunyi sepi. Hanani Aqilah memandang ke arah luar tingkap sama seperti Smith Ezekiel. Tiba-tiba, tangan kecil gadis itu di genggam Smith Ezekiel.

"Tangan kau sejuk sangat ni, Hani. Why? Are you nervous?"

Hanani Aqilah mengangguk perlahan. Smith Ezekiel tersenyum kecil memandang gadis itu. Dia patut bersyukur sekurang-kurangnya Hanani Aqilah tidak membencinya. Hanya takut dengannya sahaja.

GADIS MILIK EZEKIEL {✓}Donde viven las historias. Descúbrelo ahora