PROLOG

3.8K 304 10
                                    

Asap dihembus ke udara. Si gadis cantik ini tersenyum sinis.

Cha Hyesun.

Enak dibumbung sekolah menghisap nikotin ini ditemani dua rakannya, Yerim dan Bona. Hanya Bona yang turut sama menghisap rokok, Yerim tidak.

Keduanya sedang menunggu majlis penyampaian biasiswa yang bakal dilaksanakan sebentar lagi. Semuanya kerana Hyesun. Gadis ini sudah memegang biasiswa sekolah selama 3 tahun berturut-turut. Meskipun gadis ini merokok dan agak liar, tidak didepan cikgu.

Pijak semut pun tak mati.

" Jomlah pergi dewan. Kejap lagi startlah tu majlis. " ajak Yerim. Bona menghabiskan hembusan terakhirnya lantas mengikut langkah Hyesun dan Yerim ke dewan sekolah.

Sekali lagi wajah Hyesun bakal terpampang di dada majalah sekolah sebagai pemegang biasiswa dan pelajar terbaik selama 4 tahun berturut-turut.

Tengok ajelah nanti.

Setibanya disana, Hyesun mengambil tempat dihadapan. Bersedia jika namanya dipanggil. Manakala disisinya ada Yerim dan Bona yang juga setia menanti untuk menepuk tangan dan bersorak bagi pihak sahabat mereka.

Disisi bahagian sana, adanya Park Jihoon serta dua rakannya, Eric dan Hyunjin. Ah siapa tak kenal mereka?

Tiga rakan terkenal sekolah ini.

Semuanya kerana mereka merupakan atlet harapan sekolah. Bahkan majalah pun turut muak mahu mencetak lagi wajah Park Jihoon sebagai pemenang pingat emas acara larian.

Hyunjin dibahagian lompatan dan Eric pula jaguh dibahagian bola sepak.

Merekalah atlet yang sangat terkenal disini.

Dan cukup terkenal untuk mengetahui yang Park Jihoon sudah lama menyimpan perasaan pada Hyesun. Bahkan Hyesun juga mengetahuinya.

Tetapi apa yang diharapkan?

Hyesun bukan gadis yang sebegitu. Baginya lelaki menyusahkan.

Sangat menyusahkan.

Seperti ayahnya.

Fokus mereka mulai kembali apabila suara MC majlis mulai menghangatkan suasana. Hyesun menunggu dengan wajah selamba, sudah mengagak namanya akan dipanggil lantas beberapa ucapan akan diberikan.

Apa lagi?

Terima kasih pada guru, rakan-rakan, saya janji akan bersikap baik, bla bla bla.....

Muak.

" Debaran yang dinanti bakal berakhir. Biasiswa pada tahun ini bakal mengundang kejutan buat semua pelajar. "

" Clishe. Last-last kau jugak yang dapat." Celah Yerim. Hyesun tersenyum sinis.

Cha Hyesun.

Sebut jelah nama itu, nak tangguh apa lagi?

" Biasiswa tahun ini bakal dimiliki oleh pelajar bernama.... "

Hyesun membetulkan rambutnya. Bersedia untuk naik ke pentas. Bona mengemaskan baju Hyesun dan Yerim pula bertindak memberi ruang untuk Hyesun lalu nanti.

" Pelajar bernama Kanemoto Yoshinori. "

Senyuman Hyesun mati.

" YOSHINORI??? "

Kerutan dahi Hyesun jelas tidak dibandingkan dengan rasa keliru dalam fikirannya.

Kejap, apa?

Yoshi?

Dan seorang lelaki tinggi naik keatas pentas, menerima hadiah biasiswa yang disampaikan. Mata si gadis tajam menatap atas pentas sebelum tangannya dikepal kuat.

" Yoshinori.... Selamat bermain dengan api. "

Bisu / Yoshi ✓Место, где живут истории. Откройте их для себя