BAB 8

1.8K 253 8
                                    

" Kenapa datang?! " Omel Hyesun. Berderau darahnya melihat Yoshi sedang berdiri dihadapannya dalam keadaan bertongkat.

Dia baru dua hari dalam wad tau.

SIAPA BENARKAN DIA DISCHARGED?!

Tugasan kursus. Takkan kau nak buat sorang?

" Eh kau ni! Sempat lagi fikir kerja sekolah? Aku boleh handle sikitlah, Yoshi. "

Nanti kau cakap dengan saem aku tak buat kerja.

" Aku tak sejahat itu lah! " Teriak Hyesun.

Dengan mata mengecil itu, serta senyuman sinis itu, Yoshi seperti mengejeknya.

Sumpah.

Rasa nak cekik orang Jepun sekarang.

Kini, kami berdiri dihadapan satu bangunan tinggi. Bangunan pencakar langit, tempat tokoh yang ingin kami temui.

Sejujurnya, sungguh aku tak tahu apa-apa.

Yoshi yang mencari tokohnya dan dia juga yang mengaturkan temu janji. Katanya senang kerana dia banyak melakukan rujukan dengan tokoh ini.

Senang juga tugasan kami.

Berpasangan dengan Yoshi juga seperti ada banyak kelebihan. Kerana lelaki ini banyak menyenangkan tugas partnernya.

Dan kalau disoal lagi, adakah Hyesun mahu berpasangan dengan Yoshi lagi, Hyesun akan angguk.

Tambahan lagi, sikap lelaki ini.

Menyenangkan hati.

Hyesun memapah si jejaka ini masuk kedalam syarikat. Mewah dan gah.

Itu fikiran pertama gadis ini.

Sesekali Yoshi dan Hyesun menunduk, memberi hormat pada beberapa pekerja yang melintasi mereka.

Namun, timbul riak hairan apabila melihat kesemua pekerja menunduk kembali pada Yoshi. Cuba dipositifkan, mungkin Yoshi rapat dengan pekerja sini.

Dia orang yang baik, mestilah orang lain akan senang.

Mereka berdua menapak ke kaunter pertanyaan, wajah gadis manis menyapa mereka. Tersenyum disebalik mask muka.

" Boleh saya bantu, Cik? Tuan Yoshi? "

Sekali lagi kerutan hadir didahi Hyesun. Apa tadi?

Tuan Yoshi?

Pertanyaan mulai hadir dibenak fikirannya.

Mulai mempersoalkan status Yoshi.

" Tuan CEO ada? Saya nak interview dia. " Jawab Hyesun memandangkan Yoshi tidak boleh bercakap. Khuwatir gadis kaunter pertanyaan ini tidak memahami bahasa isyarat.

" Dia ada dalam bilik. Sedang menunggu. "

Mereka berdua mengangguk. Mengikut arahan yang diberi, Hyesun membantu Yoshi yang bertongkat ke lif yang disediakan.

Tingkat 10 ditekan, ruang CEO.

Jantung Hyesun berdegup laju. Timbul rasa gementar namun dia tahu dia perlu berani. Suaranya tidak boleh gementar semasa proses temubual.

Nanti pihak yang disoal pasti tidak selesa.

Setibanya ditingkat yang dimaksudkan, Yoshi menapak perlahan ke bilik yang terpampang tulisan CEO. Ketukan halus diberi lantas kedengaran suara keras menyambut.

" Masuk! "

Yoshi memandangku. Dia senyum dan mengangguk.

Nafas ditarik kuat.

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now