EPILOG

3.1K 264 199
                                    

Hanya tersandar lemah. Hyunjin dan Eric memerhatikan bingkai gambar sahabat mereka denga lirih.

Perginya Jihoon seperti suatu kehilangan yang besar. Sahabat sejak dahulu, bersukan bersama, bahkan belajar bersama.

Tetapi, Jihoon memilih untuk pergi dahulu.

Yerim mengusap bahu sang kekasih. Membiarkan Eric menangis teresak dibahunya. Sokongan moral utuh diberi.

Disisi kiri, Felix, Jisung, Sunwoo dan Serra hanya sugul. Menunduk, menghormati majlis pengebumian Jihoon yang kian beransur.

Yoshi pula hanya menyandarkan tubuhnya di dinding. Apa yang meruntun hatinya, ialah ibu bapa Jihoon yang sekadar hadir dan berlalu pergi. Tidak sedikit pun menitiskan air mata, bahkan mengucup mayat si anak.

Membuatkan Yoshi menyedari.

Hidup Jihoon jauh lebih menyedihkan daripada dirinya.

Pemuda itu diabaikan keluarga.

Bahkan diabaikan cinta hati.

Kini, dirinya sudah menghadap Tuhan.

Rehatlah Jihoon, dunia ini terlalu kejam untuk kau.

Usai itu, Felix dan Jisung jalan beriringan. Dibelakang mereka pula, Yoshi, Sunwoo dan Serra mengikut. Namun, Felix yang sedari tadi mendiamkan diri terus berhenti mendadak.

" Eh kau kenapa? " Soal Jisung. Felix terbungkam sebelum dia berpaling melihat wajah temannya.

" Ingat tak cerita Raja Yoshi dengan Permaisuri Hyesun? "

" Hm? Kenapa? " Yoshi keliru. Felix memetik jarinya.

" Son saem pernah cakap kan, Putera Jihoon bukannya hadir sebagai orang ketiga. Tetapi sebagai penyelamat. "

" Maksudnya-- "

" Jihoon hadir sebagai penyelamat, bukannya pengacau rumah tangga kau, Yoshi. Dia selamatkan Hyesun dengan mengorbankan dirinya sendiri. "

Seakan kaku, Yoshi terdiam. Memandang Felix yang baru sahaja menuturkan ayat itu.

" Bijak juga kau ni. Kesian Jihoon. Harap dia lebih tenang kat sana. " Balas Jisung. Sunwoo meraup bahu Yoshi. Menenangkan sahabatnya disamping Serra.

Kringgg!!!

Berdering kuat, pantas Yoshi mengangkat panggilan. Berkerut dahinya apabila nama pemanggil tidak dikenali yang tertera.

" Hello? "

" Hello, Encik Yoshi kan? Kami minta Encik ke hospital segera. "

" Hospital? Memang saya akan ke sana. Kenapa ya? "

" Puan Hyesun dah berjaya sedar. "

------------------------

" Ala besarnya mata dia! " Sengih Yerim. Mengusap lembut pipi si bayi yang mengembung. Jisung dan Felix juga mengerumuni si bayi.

Turut mengagumi si kecil dalam pegangan Yerim.

Benar-benar cetakan Yoshinori.

Rambut si bayi juga lebat. Lembut dan beralun.

Seperti rambut ibunya, Hyesun.

Serra disisi, hanya memandang dengan Sunwoo. Serra takut mahu mengendong bayi, kerana tulang mereka yang lembut, Serra khuatir apa-apa terjadi.

Kerana itulah, Serra hanya memerhati sahaja Yerim mendukung bayi kecil itu. Sunwoo disisi, setia menggenggam tangan Serra. Mengerti keadaan kekasihnya.

Sabarlah, pasti akan ada hari mereka.

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now