BAB 42

1.8K 208 64
                                    

Yoshi hanya menunduk. Tangan digenggam kuat, menahan rasa gementarnya.

Hatinya tidak lelah berdoa, agar isterinya selamat.

Ruang pembedahan.

Cha Hyesun didalam.

Usai berkejar ke hospital, doktor mengatakan anak mereka sudah lemas dalam kandungan. Oleh itu, pembedahan perlu dilakukan secepat mungkin untuk mengeluarkan bayi.

Ataupun Yoshi bakal kehilangan keduanya.

Kini sudah 2 jam berlalu, dan Yoshi utuh menunggu diluar.

Nafas ditarik perlahan sebelum dia menyedari satu sosok tubuh menyandarkan diri bersebelahannya.

" Hyesun okay? "

" Masih dalam operation room, pa. Mama macam mana? "

Papa mengeluh. Wajahnya diraup.

" Yoshi pernah tanya papa kan, papa akan pilih siapa antara mama dan Hyesun? " Soal papa kembali. Yoshi angguk perlahan.

" Dan kali ni, papa kotakan kata-kata papa. Hyesun, papa akan selalu lindungi dia. "

" Awak sedar tak apa awak buat ni, Naomi? Awak dah gila ke?! "

" Bukan salah saya! Bukan salah saya! Saya nak tikam Hyesun, tapi ada orang lain datang-- "

" Awak dah ada niat nak membunuh! Dan orang yang awak nak bunuh tu anak saya, Hyesun. Awak nak bunuh anak saya, Naomi! "

Naomi mengepal tangannya, kuat. Mata kini tajam memandang Minho.

" Awak sedang sebelahkan perempuan jalang tu ke? "

" Jaga mulut awak, Naomi! Perempuan tu anak perempuan saya! Anak sulung saya! "

" Tapi saya isteri awak, Minho! "

" Awak mungkin lupa, tapi awak perampas disini. Mendiang eomma Hyesun sanggup bercerai dengan saya sebab kasihankan awak. Dia sanggup buat apa sahaja sebab awak kawan baik dia. Tapi apa awak buat huh? Awak khianati dia! Awak hampir bunuh anak dia! "

" Cha Minho! Kau jangan lupa semua kekayaan yang kau ada ni sebab aku! " Teriak Naomi. Kali ini, tidak berbasi. Tajam mencerlung Minho.

" Ya, aku bersyukur semuanya sebab kau. Aku dapat duit, aku dapat kekayaan, semua lepas kahwin dengan kau. Tapi kau tahu apa aku hilang lepas je aku jadi suami kau? Aku hilang kebahagiaan. Aku hilang keluarga kecil aku. "

" Sekarang kau nak salahkan aku, Minho?! "

" Aku tak salahkan kau, Naomi. Cuma aku kecewa dengan diri sendiri. Kalau aku boleh putar balik masa, aku takkan tinggalkan keluarga kecil aku. Terpulang sekarang pada kau, Naomi. Aku ceraikan kau. "

" Pa--papa ceraikan mama? "

Papa mengangguk lemah. Yoshi menyandar tubuhnya. Masih terkejut.

" Maaf. Tapi papa rela hilang semuanya daripada hilang Hyesun. Papa banyak dosa dengan dia, Yoshi. Dan papa kena tebus semula. "

Yoshi angguk memahami. Dia juga sakit hati dengan ibunya sendiri.

Sungguh, mama hampir membunuh isterinya.

Kekasih hatinya.

Apa yang merasuki Naomi?

" Papa baliklah dulu. Tukar baju, mandi, segarkan badan. "

" Habistu, Yoshi? Hyesun? "

" Kalau Hyesun dah selesai pembedahan, Yoshi akan beritahu papa. Baliklah rest. Yoshi nak tunggu isteri Yoshi. "

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now