BAB 18

1.6K 211 136
                                    

Hyesun mengeluh. Tersenyum hiba menatap si gadis cilik yang kini sedang menghabiskan makanan yang dibawa Hyesun.

" Sedapnya kak! Makanan kat sini semuanya tak sedap! " Cemuh si cilik. Hyesun tertawa kecil.

" Makanan hospital memang tak sedap. " Celah Hyesun. Mengusai rambut gadis itu.

" Nanti Yunjin balik dengan akak eh? "

Yunjin.

Hari ini, Hyesun melawat gadis cilik ini. Yang dia salah anggap sebagai kekasih Yoshi. Yang dia buli separuh mati.

Ah bahkan gadis ini tidak bersalah.

Kasihan, pasti dia trauma kan?

Mengingatkan itu, berjaya membuatkan Hyesun berderai air mata. Dosanya dahulu.

Banyak tak terkira.

Kini, dia hanya mahu fokus untuk berjaya. Dan membanggakan eomma serta adik-adiknya.

Dia janji dia akan berjaya.

" Akak? " Tersentak Hyesun apabila tangannya disentuh Yunjin. Air mata yang membasahi segera dilap.

" Ya Yunjin? "

" Akak menangis? "

" Tak, tak. Akak okay. " Air mata dilap lagi. Kali ini, tangan Yunjin yang mengelap sisa air mata yang membasahi pipi.

" Akak, Yunjin ada kat sini teman akak. Semuanya akan okay tau, tak kira apa sahaja yang akak hadapi, Yunjin yakin akak bole hadapi. Jangan risau tau. " Senyum Yunjin.

Hyesun memejam matanya.

Ayat itu. Mengamit ingatannya.

Aku ada. Kat sini, sebelah kau. Semuanya akan baik-baik sahaja, jangan risau ya?

Oh dia sudah ingat. Itu yang Yoshi katakan sewaktu Hyesun menggigil berjumpa Tuan Cha Minho.

Seperti abangnya, Yunjin juga bersikap yang sama.

Sentiasa menenangkan insan disisi.

" Tadi Yunjin cakap apa sayang? Balik dengan akak? "

" Haah! Harini kan Yunjin discharged, so Yunjin balik dengan akak tau. Kita kan serumah sekarang. " Sengih si cilik. Hyesun menggeleng kecil.

" Yunjin kena balik dengan Yoshi oppa. Nanti dia marah akak pulak sebab culik adik dia. "

" Tak adanya! Yoshi oppa tu beria tau. Suka marah Yunjin padahal Yunjin nak berseronok je. "

" Yoshi oppa sayang kat Yunjin. Kan Yunjin je adik dia. Yang dia boleh lepaskan manja. "

Usik Hyesun. Yunjin tertawa besar.

" Yunjin je? Akak tu apa? "

" Akak? Kenapa dengan akak? "

" Yoshi oppa kan suka akak! "

Terbungkam.

Itu reaksi Hyesun. Sebelum gadis itu menggeleng.

" Taklah. Yoshi oppa dengan kak Serra kan? "

" Kak Serra? Tapi kenapa wallpaper Yoshi oppa gambar akak? "

Hah?

Jap, apa tadi?

" Eh mengarutlah Yunjin. Dah, dah. Okay, akak ambil Yunjin balik, tapi sekali dengan Yoshi oppa okay? "

Yunjin angguk laju. Tersenyum manis pada si gadis cantik ini.

Tok tok!

Terpancul muka seorang jururawat muda, lantas disambut mesra oleh Yunjin.

" Okay adik Yunjin, hari ni dah boleh balik! Yeay! Nanti discharged pukul 12 tengah hari ni ya sayang? "

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now