BAB 23

1.7K 197 37
                                    

" Apa aku kena buat ni?! " Kaget Hyesun di talian. Wajah Yerim di video call, dipandang penuh takut.

" Kenapa tanya aku? Kau yang kahwin kan! " Balas Yerim dengan kerutan, sesekali menguatkan suara mengingatkan bunyi kelab malam yang berdentam dentum akan menenggelamkan suaranya.

" Aku takut! " Balas Hyesun, perlahan. Menyorokkan dirinya dalam selimut.

" Ni malam pertama korang kan? Buat apa lagi, buat ana-- "

" Janganlah Yerim! "

" Okay, okay! Sorry Puan Kanemoto! " Sengih Yerim. Hyesun memuncung.

Tidak dia sangka, pagi tadi dia baru sahaja bergelar isteri kepada mamat kerek ni! Sungguh dia terkesima. Bahkan hampir pengsan diatas altar tadi jika Yunjin tidak memeluknya.

Syukurlah Yoshi masih menghormatinya. Tidak pun dia lakukan ciuman, bahkan bibirnya berlabuh didahi Hyesun.

Dan majlis mereka hanya dihadiri oleh beberapa ahli kelurga dan rakan terdekat.

Hanya Yerim dan rakan-rakan Yoshi.

Jihoon tidak diajak, jauh lagi Serra. Mereka sentiasa ingat, pernikahan ini bukan atas nama cinta. Sangatlah tidak digalakkan untuk menghebahkan segalanya pada rakan terdekat.

KLEK!

" Yerim aku pergi dulu. Yoshi dah masuk! " lantas telefon ditutup.

Hyesun menutup matanya rapat-rapat, berpura-pura tidur dalam selimut. Terdengar derapan tapak kaki menghampiri almari dan berkeriuk pintu almari dibuka.

Hyesun tahu suaminya ingin mandi.

Kejap.

Suami?

Ewww...

Sesudah tapak kaki itu masuk kedalam tandas, Hyesun menjengahkan kepalanya.

Okay, Yoshi dah masuk toilet!

Hyesun bangun, melihat sekeliling sebelum bunyi pancuran menangkap perhatiannya. Dia berfikir seketika sebelum almari dibuka.

Baju Yoshi diperhati seketika lantas sehelai baju bersama seluar diambil.

Dia kaku sebentar.

Erm...

Dengan laju, tangannya meragut seluar dalam milik Yoshi dan disorok dibawah baju. Fuh, sempat.

Gadis itu meletakkan kesemua kelengkapan Yoshi diatas meja sebelum dengan pantas dia berlari menyelimutkan diri menyedari Yoshi sudah selesai mandi.

Matanya dipejam, kembali berpura tidur.

" Aik? " Suara Yoshi kedengaran di halwa telinga. Jelas sekali suaminya tertawa menyedari bajunya sudah disiapkan.

Usai memakai baju, Hyesun kaku apabila terasa sebelah tempatnya diatas katil mulai tenggelam kerana diisi seseorang. Posisinya yang membelakangkan Yoshi masih utuh dilakukan.

Sebelum terasa sepasang tangan mulai menyentuh pinggangnya. Hyesun menarik nafas dalam.

PAKKK!

" ADOI! " teriak Yoshi. Mengaduh kesakitan apabila hidungnya ditepuk kuat. Hyesun pantas bangun, dan memandang Yoshi dengan tajam.

" Pervert! "

" Pervert?! Woi apa kau ni main fitnah je?! " Balas Yoshi, masih menggosok hidungnya. Hyesun mendengus.

" Main peluk je orang! Mana adab hah? Sentuh orang tanpa izin! "

" Aku peluk kau? Hoi perempuan, aku ni memanglah jahat, tapi taklah celaka! Aku nak ambil selimut tu, sedap badan kau je eh pakai sorang! Habistu aku? "

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now