BAB 10

1.7K 220 67
                                    

Sungguh Yoshi keliru. Sudah seminggu gadis ini mendiamkan diri. Tidak membalas apa-apa yang Yoshi cadangkan.

Dan lebih teruk, segala yang Yoshi katakan hanya dibalas dengan bahasa isyarat juga oleh si gadis.

Tiada lagi celotehnya.

Tiada suara bebelannya.

Bahasa isyarat Yoshi dibalas dengan bahasa isyarat Hyesun.

Mengelirukan.

Bahkan menimbulkan rasa tidak senang dengan perlakuan Hyesun. Kerana gadis ini sedikit sebanyak mewarnai hidupnya.

Membuatkan Yoshi bersemangat ke sekolah.

Meskipun Jihoon ada, mengganggunya, tetapi Hyesun selalu ada, melindungi.

Kini, mereka di bangunan pejabat tokoh yang mereka pilih untuk tugasan kursus sejarah ini.

Pejabat Tuan Cha Minho.

Dan diingatkan lagi, ini merupakan lawatan terakhir mereka, sebelum tugasan akan dihantar esok.

Sudah 90% selesai, proses penyuntingan dan temubual juga berjaya disiapkan. Semuanya dengan usaha Yoshi dan Hyesun.

Cuma kekoknya, selama tugasan dikerjakan, Hyesun masih mendiamkan diri. Hilanglah insan yang suka membuat bising itu.

Membuatkan Yoshinori rindu.

Usai pintu diketuk, senyuman ramah Cha Minho menyapa mereka. Hyesun hanya menunduk, diikuti Yoshi sebelum keduanya mengambil tempat dihadapan Minho, disofa.

Tiada apa yang berat harini. Hanya pengambilan gambar dan tanda tangan sebagai bukti lawatan mereka.

Dan Hyesun mahu semuanya selesai dengan segera. Cuma tidak suka berlamaan dengan figura bergelar ayah itu.

Hyesun benci.

" Siapa yang mahu ambilkan gambar? " Soal Minho. Hyesun menggaru lehernya.

" Erm Yoshi kau ke sana, aku snap gambar. " Pinta Hyesun. Tanpa berlengah, Yoshi segera ke sisi Minho, lantas tubuhnya di posisi bersedia bagi mengambil gambar.

Senyuman manis itu lagi.

Hyesun mendengus lantas memposisikan lensanya dalam keadaan sedia lantas satu gambar diambil.

Cantik.

Yoshi dan Cha Minho.

" Okay, jom minta tanda-- "

" Hyesun? Bergambar sekali dengan saya? "

Permintaan Minho membuatkan Hyesun terbungkam seketika. Tidak berkelip memandang lelaki berusia itu.

" Tak payahlah. "

Yoshi memandang mata si gadis. Lantas dia mengangguk.

Bergambar je. Jom, aku kan ada.

Seakan memberi ketenangan.

Seakan memberitahunya segalanya akan baik-baik sahaja.

Hyesun menarik nafas dalam lantas dia menapak kearah figurs lelaki itu. Berdiri tegak, bersedia untuk gambarnya diambil oleh Yoshi.

1

2

3

KECEKAK!

Usai itu, Hyesun terus ke sisi, menjauhi Tuan Minho. Dia tersenyum kelat lantas hanya memerhati Yoshi meminta tandatangan Minho pada tugasan mereka.

Dalam hatinya, terselit juga rasa rindu. Bak kata eomma, dia tetap ayah.

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now