BAB 13

1.6K 206 24
                                    

" Apa kau buat kat sini? "

Suara berat itu lagi. Menyentak Hyesun.

Segera gadis itu mengelap air mata yang membasahi pipi, hasil ulahan kerana dia menangis didepan Jihoon tadi.

Matanya ditajamkan, tepat memandang Yoshi yang tersenyum sinis sambil memasukkan tangan kedalam poket.

" Aku ingatkan last aku jumpa kau haritu. Rupanya kau memang takkan lepaskan aku eh? "

" Lepaskan? Lepas apa kau dah buat? "

Hyesun mendengus.

" APA AKU DAH BUAT LAGI, YOSHINORI?! "

Yoshi menolak lidahnya kedalam pipi. Tangan dikepal sebelum lelaki tinggi ini menghampiri Hyesun dengan pantas. Membulat mata si gadis, bersedia mahu melawan.

Namun Yoshi menarik tangan si gadis, mencengkal kuat, ditarik ke lorong sunyi sebelum tubuh Hyesun ditolak kuat ke dinding.

Kau tahu apa masalah Yoshi ni?

Suka hentak Hyesun ke dinding.

Dia ingat tulang belakang Hyesun ni diperbuat daripada besi ke?

" SAKITLAH! "

" Shhhh... " Yoshi meletakkan jari telunjuknya pada bibir Hyesun. Sebelum kanan dan kiri gadis itu dikepung.

" Kau kat sini.... Lawat Park Jihoon sialan tu? " Sinis Yoshi menyoal. Hyesun menahan nafas. Jarak wajahnya dan Yoshi hanya sejengkal sahaja kini.

Sedaya upaya dia menahan denyutan jantung yang menggila.

" Aku dah faham. Jadi kau lah yang pukul dia sampai teruk macam tu huh?! "

Mata cantik Hyesun membalas pandangan tajam Yoshi. Mereka saling beradu mata, dan dapat dirasakan hawa panas mulai menyelebungi diri.

Hyesun dan Yoshi, keduanya dalam keadaan marah.

" Apa? Kau nak marah aku sebab pukul Jihoon? Dulu masa dia pukul aku separuh mati, reaksi kau macam ni tak? "

Hyesun terdiam.

" Ke--kena pukul? Dulu tu yang pukul kau, Jihoon ke? "

" Park Jihoon. Lelaki yang pukul aku separuh mati hanya sebab aku nak berjumpa kau buat tugasan sejarah kita. Damn, how stupid i am! "

" Yoshi... Kau tak cerita pun dengan aku.. "

" Cerita? Aku cerita kat kau? Cha Hyesun, kau tu siapa dalam hidup aku? "

Kata-kata singkat itu, tetapi padat dan tepat menghiris hati Hyesun. Bibirnya terbungkam, membalas pandangan Yoshi yang semakin menajam.

Ini bukan Yoshi yang dia kenal.

Bagaikan dua roh yang cuba merasuki satu tubuh.

Hyesun cuba menolak tubuh Yoshi menjauhinya. Rasa sakit di hati, bertambah panahan mata tajam Yoshi.

Dia ingin pergi.

" Aku nak cakap terima kasih. Pasal biasiswa tu. "

" Biasiswa negeri? "

Hyesun angguk. Yoshi berdecak lantas menyandarkan tubuhnya dihujung dinding. Berhadapan dengan Hyesun di lorong sunyi ini.

Saling memandang.

Lantas senyuman manis itu.

Wujud lagi dibibir Yoshi.

" Sama-sama. Kau layak, so why not? "

Hyesun terpana. Berubah lagi, personaliti Yoshi. Kejap baik, kejap jahat.

Dia juga keliru.

Nyatanya Yoshi akan memuji lagi, namun pandangan lelaki ini kembali bertukar. Tajam memandang sosok gadis ini.

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now