BAB 39

1.4K 193 108
                                    

9 bulan kemudian......

" Tapi Yoshi risaulah. " Omel Yoshi. Naomi menggeleng perlahan lantas memandang tepat ke wajah anak lelakinya.

" Apa salahnya, Yoshi? Ni tanggungjawab tau. "

" Tapi Yoshi tak nak tinggalkan Hyesun, ma. "

" Mama kan ada. "

Yoshi menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Hatinya runsing, bahkan berbelah bagi. Selama proses kehamilan Hyesun, tidak pernah Yoshi meninggalkan isterinya sendiri. Bahkan selalu ada dan menjaga.

Berkepit 24 jam, selayaknya sebagai seorang suami.

Tetapi harini, dia ditugaskan oleh papa untuk melawat salah satu site mereka di luar negara.

Bahkan lokasinya sangat jauh.

Indonesia.

Sudah gilakah papa? Meninggalkan Hyesun yang sarat?

Sungguh idea bodoh.

" Cuma 3 hari je, Yoshi. Kenapa berat sangat hati tu? " Tegur mama. Yoshi mengeluh.

" Bukan apa, ma. Tapi Hyesun dah sarat. Selama ni pun, Yoshi tak pernah tinggalkan dia. Ni nak ke Indonesia? Lama tu, ma. Jauh pun satu masalah. "

" Kamu tak percayakan mama jaga Hyesun ke, Yoshi? "

" Bukan macam tu, ma. Tapi Yoshi nak ada disamping isteri Yoshi sekarang. Dia tu bila-bila masa je nak lahirkan anak kitorang. Dengan sakit dia tu, biarlah Yoshi yang bersusah payah menjaga. Yoshi suami dia. " Keluhan demi keluhan dilemparkan.

Jelas raut wajahnya bertukar bimbang.

Bukan apa, tetapi pemuda Jepun ini tidak mahu kehilangan Hyesun lagi.

Cukuplah dulu.

Jangan ada lagi.

Kringggg!!

Telefon bergetar kuat. Yoshi melihat nama pemanggil sebelum nafasnya dihembus kuat.

" Siapa call? "

" Papa. "

" Angkat jelah, cakap kejap. Kesian papa tu. " Tegur mama. Yoshi memandang wajah mamanya kemudian beralih ke telefon dipegangan.

" Mama nak masuk bilik tengok Hyesun kejap. "

Usai mama melangkah pergi untuk menjenguk isterinya, Yoshi menapak ke balkoni lantas panggilan oleh sang ayah diangkat.

" Hello, pa? "

" Hello, Yoshi. Dah siap barang? Papa nak ambil kamu ni. "

" Pa, Yoshi tak nak pergi. "

" Maksud kamu apa? Ni lah projek pertama kamu diluar negara tau. Dan kamu kena lah pantau. Lepas ni papa dah bersara. Ni je masanya untuk papa ajar apa kamu perlu buat untuk projek macam ni. "

" Yoshi faham pa. Tapi... "

" Pasal Hyesun? "

Yoshi terdiam. Bibir bawahnya digigit lantas keluhan lahir dibibir.

" Papa pun pergi juga Indonesia tu. Papa pun tinggalkan isteri papa. " Perli papa. Yoshi mengetap bibir.

" Yoshi faham papa pun tinggalkan mama. Tapi Yoshi tinggalkan isteri Yoshi yang tengah sakit dan sarat mengandung 9 bulan pa. Kita berbeza. Bila-bila masa anak Yoshi nak jengah dunia, dan papa nak Yoshi ada kat Indonesia? "

" Tuntutan kerja, Yoshi. Ini yang terakhir. 3 hari, papa janji takkan lama. Siap je kerja, kita balik. Takkan berlama dah kat sana. "

Yoshi risau. Sangat risau.

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now