BAB 34

1.6K 194 69
                                    

" Terima kasih, Hyunsuk hyung. " Senyum Yoshi. Hyunsuk hanya mengangguk tipis. Sedikit gusar.

" Kau tak menyesal ke, Yoshi? Bahaya, kau pun tahu risikonya kan? "

" Tahu. Aku tahu aku boleh mati dalam tu. Tapi Hyesun lagi penting, hyung. Kau tahu kan tu? "

Hyunsuk menghembus nafas keras.

Dirinya sebagai anggota polis menyebabkan dia dilema dengan arahan Yoshi. Sebentar tadi Yoshi mengarahkan Hyunsuk dan anggotanya bersedia untuk sebarang panggilan daripada pihak Yoshi dalam masa 30 minit.

Tambah membahayakan, rakan-rakan Yoshi juga tidak dibenarkan pergi, kerana Yoshi tidak mahu menambah lagi jumlah orang yang berkemungkinan boleh cedera.

Dan ini cukup membuatkan Hyunsuk risau.

Kerana hanya Yoshi yang pergi.

Berseorangan diri, menyelamatkan Cha Hyesun.

" Ada info tak, hyung? " Soal Yoshi sambil menyarung baju kalis peluru. Segala kelengkapan sedang dilaksanakan, cekap, bagi memastikan Yoshi tidak cedera, bahkan terkorban.

" Ada. Serra dah maklumkan semua. "

Ya, Bona dan Jihoon masih tidak mengetahui yang Serra sebenarnya terlibat dalam plan Hyesun. Jadi wajarlah gadis itu meninjau keadaan dulu.

" Hyesun... Okay? "

Hyunsuk terdiam. Dengusan halus terbit dibibir.

" Keadaan Hyesun lemah sangat. Serra kata ada banyak lebam dan luka kat badan dia. Jangan terbawa emosi ya Yoshi? Yang penting kau selamat. "

" Baik, hyung. Bila je aku hantar signal, kau get ready tau. Aku tak kisah aku terkorban asalkan isteri aku selamat, hyung. "

Hyunsuk angguk. Dia pantas mengarahkan anggotanya bersedia, sebelum Yoshi dibawa menuju ke gudang yang dituju. Serra disana sudah menunggu, dan membuka laluan untuk Yoshi dengan mudah.

Rancangan mereka, Serra akan mengalihkan perhatian Jihoon dan Bona sementara Yoshi akan menyelamatkan isterinya. Usai itu, signal akan diberi dan pihak polis akan menerjah masuk.

Cukup sempurna, tetapi tahukah mereka perancangan Tuhan lebih baik.

" Jaga diri, sahabat. " Pesan Hyunsuk, sebelum Yoshi menapak keluar daripada kenderaan yang terparkir  jauh daripada gudang sedari tadi.

Yoshi menghembus nafas getir.

Tiada lain niatnya.

Tiada lain dihati.

Hanya menyelamatkan isterinya sahaja, dan pergi.

Moga Tuhan merahmati mereka.

" Nak sampai bila, Ji? " Suara Serra menyentak Yoshi. Lelaki itu mengerling sekilas pada Serra yang sedang membincangkan sesuatu dengan Jihoon dan Bona.

Syukurlah Jihoon dan Bona sedang membelakangkannya.

Serra memandang mata Yoshi sebelum rambutnya diselitkan kebelakang telinga.

Plan 1.

" Okay baik, lepas je Serra dapat tengok Yoshi, terus selitkan rambut kau belakang telinga. " Arah Hyunsuk. Serra berkerut.

" Rambut? Kenapa rambut? Kenyit mata? Lambai tangan? Tu tak boleh? " Soal Serra. Hyunsuk menggeleng.

" Berisiko. Sangat bahaya. Selitkan telinga dan cuba buat perbualan menjadi ganas sampailah Yoshi selamat menyelinap kebelakang gudang. "

" Ji sampai bila huh? Sampai bila kau nak simpan Hyesun? " Teriak Serra. Berkerut, memandang mata Jihoon dengan pandangan marah.

" Apa? Salah ke aku simpan dia? "

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now