BAB 17

1.6K 214 21
                                    

" Hyesun tak nak berkahwin, ayahanda! " Geleng Tuan Puteri Hyesun, membidas permintaan Raja Cha sebentar tadi.

" Jaga adab, Puteri Hyesun! " Tegur Raja Cha, memarahi tindakan anaknya yang seeloknya menolak lamaran Putera Jihoon dihadapan tuan badannya sendiri.

" Hyesun memang tak nak kahwin! "

" Kamu lupa? Kamu puteri sulung kerajaan kita, dan satu-satunya pewaris kerajaan ini! Kamu mesti mencari calon suami! "

Permaisuri sudah pun meninggal dunia saat melahirkan Hyesun dahulu. Dan sejak daripada itu, Raja Cha tak pernah terfikir ingin menikah lagi. Semuanya kerana setianya pada mendiang.

Oleh itu, segalanya ada ditangan Hyesun kini. Untuk berkahwin dan melahirkan waris yang lebih banyak. Menyambung kerajaan ini.

" Hyesun tahu! Tapi Hyesun sudah pun ada calon sendiri, ayahanda. "

Putera Jihoon bingkas bangun. Tepat memandang mata Puteri Hyesun yang mula melarikan pandangan.

" Putera mana sudah berjaya mencuri hati tuan puteri? Putera mana sudah berani mencabar beta? Sedangkan sudah beta hebahkan yang beta akan melamar tuanku. " Jelas Jihoon. Hyesun menggigit bibir bawahnya.

" Katakan, Hyesun. Putera mana yang berjaya meraih hati kamu? " Pujuk Raja Cha. Hyesun menunduk.

" Dia bukan Putera, ayahanda. Hanya rakyat biasa yang dah lama berkhidmat dengan kita. "

" Sebentar. Apa tadi dikatakan anakanda? Rakyat biasa? Apakah anakanda sudah kehilangan akal? Kita ini golongan diraja! Mestilah calon itu daripada keluarga diraja juga, dan orang itu ialah Putera Park Jihoon! "

Raja Cha menghentak tongkatnya, menyentak Hyesun yang sedari tadi menunduk.

" Tapi ayahan-- "

" Apa saja yang dikatakan anakanda Puteri takkan ayahanda dengari lagi. Majlis perkahwinan kalian akan dilaksanakan dalam masa terdekat! Puteri Hyesun dan Putera Jihoon! Sudah, hidangkan ayahanda air. "

Tidak mendengar lagi ulasan anakanda, Hyesun dihalau untuk membuat air ayahnya. Dengusan terhasil. Daripada tingkap bahagian dapur, matanys tertancap pada dua figura yang sedang ketawa sambil bergurau senda.

Hanya berdua.

Dan Hyesun cukup mengenali dua sosok tubuh itu.

" Tuan Puteri! Mengapa tuan puteri mencemar duli ke sini? Biarkan patik sahaja yang lakukan. " Tegur salah satu dayang apabila terlihat Hyesun sedang mengacau seteko air herba.

" Dayang, bolehkah beta bertanya? " Pinta Hyesun. Segera dayang itu mengangguk laju.

" Di luar itu, apakah hubungan mereka? Bukankah dayang istana tidak boleh sewenangnya menegur pengawal diraja? " Kerut Hyesun. Dayang itu menelan liur.

" Tuanku janganlah menghukum mereka ya? "

" Tidak. Beta hanya bertanya. " Sedaya upaya senyuman diberi, walaupun dalam hati sudah dipenuhi api kemarahan.

" Dayang Serra dan Pengawal Diraja Yoshinori sudah lama bercinta, tuanku. Selama ini hanya hubungan dalam diam, patik tidak sangka mereka berani menunjukkannya hari ini. "

Genggaman teko ditangan Hyesun dikuatkan. Gadis itu menghembus nafas kasar.

" Dayang, air ini sudah beta siapkan. Hidangkan pada tuanku raja ya? "

Dayang itu mengangguk, akur dengan arahan tuan puteri. Air dibawa kehadapan singgahsana, dipersembahkan dihadapan Raja Cha untuk santapan bersama beberapa kudapan.

Hujan turun dengan lebat. Bahkan beberapa hari, seakan menangisi pemergian hebat istana hari ini.

Sudah seminggu berlalu.

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now