BAB 27

1.6K 216 19
                                    

" Kita nak ke mana? Ni bukan jalan balik rumah. " Kerut Hyesun. Melihat jalan seketika, apabila menyedari Yoshi tidak memandu pulang ke rumah.

" Siapa kata nak balik rumah papa? "

" Huh? Jadi? "

" Kita balik rumah kita. "

" Ki--kita? "

" Sampai. " Serentak Yoshi memarkirkan kenderaannya dikawasan yang disediakan. Hyesun masih kelu, memandang pemandangan hadapannya.

Sebelum tersentak apabila Yoshi sudah mengetuk cerminnya di luar. Kejap, sejak bila Yoshi keluar?

" Kita kat..mana? " Soal Hyesun, masih kaku melihat bangunan hadapannya.

Ini merupakan bangunan apartment mewah. Hanya dimiliki golongan elit atau pun pemilik tanah.

" Rumah kita. "

" Kita? "

" Jom. " Lantas Yoshi meraih tangan Hyesun lantas menyilangkan jari mereka. Dibawa Hyesun menaiki lif, tepat ke tingkat 10, rumah Yoshi dan Hyesun.

" Yoshi, jangan main-main. Ni rumah orang kaya weh. Kau nak ajak aku berjalan pun jangan sampai rumah orang. " Bebel Hyesun. Yoshi masih diam, menghadirkan senyuman dibibir.

Lantas apabila lif tiba di tingkat 10, mereka menapak keluar, menghampiri hadapan pintu sebuah rumah.

Hyesun memandang Yoshi, sebelum lelaki itu mengeluarkan sekeping kad dan discan pada mesin pengimbas hadapan pagar.

Kelu, kerana pagar itu terbuka.

" Yos-- "

" Ni rumah kita, sayang. " Jelas Yoshi lagi. Lantas pintu dibuka, dan kediaman milik mereka berdua jelas terpampang depan mata.

Bersama sofa dan televisyen diruang tamu, dilengkapi balkoni yang menyajikan pemandangan Seoul, sungguh semuanya indah. Hyesun berlari ke bahagian dapur, lengkap dengan semua peralatan, bahkan ditambah dengan beberapa tanaman dibahagian belakang dapur.

Hyesun beralih ke bilik.

Hanya ada 3 bilik, satu dipastikan stor, dan ada dua bilik tidur bersendirian.

Bilik utama dengan katil king dan bilik kedua pula hanya katil kecil, sesuai untuk seorang sahaja penumpang disitu.

" Okay aku faham! Kau bilik sini.. " Hyesun menundingkan jarinya pada bilik utama.

" Dan aku bilik ni kan? " Beralih pada bilik dengan katil kecil itu.

Hyesun tersenyum lantas memandang Yoshi, meminta kepastian.

Yoshi tertawa kecil.

Sungguh,

Hyesun comel.

Yoshi meraih jari telunjuk Hyesun yang sedari tadi menunding.

" Bilik ni.. " Yoshi mengarahkan jari Hyesun pada bilik tidur utama.

" Bilik kita berdua. "

" Ki--kita berdua? "

" Yeah, wifey. Tadi kau cakap kan tugas kau disisi aku, jadi kau kena disisi aku. "

" Bukan masa tidur! " Geleng Hyesun. Memerah pipinya mengundang rasa geram Yoshi.

" Tidur dengan aku lah. Aku nak peluk siapa? Pasu pokok tu? " Muncung Yoshi.

Hyesun mengerling seketika sebelum dia berlari pantas. Mengelak daripada Yoshi.

Sungguh jantungnya berdebar!

" Kau nampak comel, Hyesun. " Getus Yoshi bersama sengihan.

-------------------------

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now