BAB 3

2K 254 22
                                    

Hyesun menguap. Hanya langkah malas diatur menuju ke kelasnya. Namun, wajah tetap dimaniskan, kerana semua mengenalinya.

Cha Hyesun.

Pemegang biasiswa sekolah.

Sehinggalah Yoshinori merampasnya.

Malam semalam gadis ini tidur lewat.

Oh fikiran orang mungkin kerana Hyesun sibuk belajar. Walaupun kenyataannya tidak.

Hyesun perlu menjaga adik-adiknya kerana eomma jatuh sakit. Habis tergendala rencananya mahu mengulangkaji.

Biarlah, asalkan eomma sihat semula.

Dalam langkahnya, dia tersentak apabila matanya menangkap dua figura yang sedang berbual disebalik tembok. Mata si gadis mengecil sehinggalah dengusan kasar terhasil.

Yoshi dan gadis yang menumpahkan kuah ramen padanya kelmarin.

Oh jadi benarlah? Mereka bercinta?

Kekehan sinis terhasil dibibir Hyesun. Bercinta? Apa yang Yoshi boleh janjikan pada gadis itu dalam keadaan dirinya yang bisu itu?

Dan apa yang si gadis itu boleh janji pada Yoshi? Berjanji untuk setia?

Semuanya sampah.

Tengoklah eommanya yang bisu itu.

Masih ditinggalkan appa.

Anak sudah empat pun masih ditinggalkan. Dengan alasan eomma bisu.

Kalau tahu bisu, kenapa nikah dahulu? Pilihan di tangan appa sendiri.

Dia pilih untuk datang beri harapan.

Dan dia sendiri pilih untuk hancurkan.

Kerana itulah Hyesun tidak mempercayai lelaki. Tiada. Bahkan pupus lelaki baik didunia ini.

Semuanya datang bagi harapan, dan akan pergi juga setelah si gadis jatuh terlalu dalam.

Yang merasakan sakit itu siapa?

Pastinya pihak si perempuan.

Lelaki. Hanya tahu menyakiti.

Dalam bebelannya, Hyesun tersentak apabila Jihoon sudah berdiri dihadapannya. Penuh aura tampan beserta pakej senyuman mahalnya itu.

Tetapi sedikit pun Hyesun tidak terusik.

" Boleh tepi sikit? "

" Morning cantik. "

" Morning. So sekarang boleh ke tepi sikit? "

" Jom, aku bawa kau ke kelas. "

" Park Jihoon, aku masih cakap elok-elok. "

" Dan aku pun cakap elok-elok ni, Cha Hyesun. "

Hyesun mendengus.

Baru mahu menapak ke sisi, Jihoon turut sama berganjak diposisi yang sama. Hyesun ke kiri, Jihoon juga ke kiri.

Sungguh menjengkelkan.

Hyesun rasa macam nak sepak je muka jantan ni.

" Jihoon, aku cakap elok-- "

GREPPPP!

" WOI! " teriakan Jihoon.

Namun Hyesun masih kaku dan tubuhnya hanya mengikut rentak Yoshi.

Lelaki ini....

Baru sahaja menarik tangannya menjauhi Jihoon dan membawanya masuk kedalam kelas.

Yoshi dengan pantas mengeluarkan buku notanya lantas menulis sesuatu dengan laju. Menimbulkan riak hairan Hyesun.

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now