BAB 35

1.6K 197 72
                                    

Jihoon menapak keluar, hanya menunduk bersama gari yang menyalut pergelangan tangannya.

Hanya sepi.

Kerana dirinya diselebungi rasa bersalah. Rasa menyesal pada gadis kesayangannya.

Sebaik sahaja pintu dibuka, terpancul wajah Bona yang sudah menunggu. Turut sama digari.

Dan didepan mereka, ada kesemua insan yang pernah mereka sakiti.

Yerim, Eric, Hyunjin, Jisung, Felix, dan Sunwoo.

Dia tahu Serra masih dirawat.

Cuma tiada...

Yoshi dan Hyesun.

Usai Jihoon mendudukkan diri, Yerim terlebih dahulu membuka bicara.

" Kau sihat, Ji? "

Jihoon menunduk, masih tidak membalas perkataan si gadis. Yerim menghembus nafas perlahan.

" Pahal sibuk tanya huh? Bukan kau suka aku kat sini? " Soal Bona, keras. Yerim memandang tunak wajah bekas sahabatnya.

" Kau dah masuk penjara pun masih tak insaf ye? Sampai Hyesun masuk hospital pun, sikit kau tak kisah. Silap aku lah, berharap kau boleh berubah. "

" Sebab Hyesun aku jadi macam ni! "

" Tak payah salahkan dia kalau kau sendiri yang bodoh, Bona. " Tegur Eric. Menarik bahu Yerim mendekatinya.

Hyunjin menghembus nafas lega.

" Sorry Bona mainkan kau, tapi aku ikut je plan Yoshi. " Ulas Hyunjin. Bona mendengus.

" Kau memang jahanam, Hyunjin. "

Bona masih ingat lagi. Sebaik sahaja dia tiba di bumbung sekolah itu, Hyunjin tiada. Bahkan lelaki itu tiba-tiba sahaja memunculkan diri dibawah.

Lantas melihat sahaja Bona ditangkap dan digari oleh pihak polis untuk dibawa pergi.

Salahkah dia?

" Kau jahat, Bona. Aku terpaksa buat cara macam ni. "

Bona hanya mendiamkan diri. Perhatian teralih pada Jihoon, yang tidak habis mengelamun. Rasa bersalah difikiran lelaki ini kuat menghentam diri.

" Hyesun...okay? " Soal Jihoon, menelan liur.

" Sedang dirawat, Ji. Kepala dia luka teruk. Kau ketuk dia pakai hammer, kau dah gila ke? " Balas Jisung. Jihoon mengemam bibir.

" Bukan dia. Aku tak nak pukul dia. "

" Aku tahu, tapi kalau Yoshi pun yang kena, masih sama tau sakitnya. Apa dalam otak kau Ji? Sampai kau jadi kejam macam ni? "

" Mungkin sekarang dah puas hati kau tengok Hyesun dan Yoshi ke hospital kan? " Sinis Sunwoo menyoal. Jihoon menggeleng.

" Hanya Yoshi. Aku nak Yoshi yang mati... "

BRAKKK!!

" LEPASTU PAHAL LIBATKAN SERRA AKU?! "

" Sabar, Sunwoo! " Tahan Jisung dan Felix. Menarik tubuh Sunwoo yang hampir menghancurkan kaca pembatas mereka dan banduan.

Sunwoo mengepal tangannya, kuat. Menahan amarah yang menggila.

" Serra masuk hospital sebab kau, Jihoon. Biadap! Dia tak ada salah apa pun dengan kau! "

" Dia pengkhianat.. "

Sebelum sempat Sunwoo membalas, Felix dan Jisung dengan pantas meraih tubuh sahabat mereka dan dibawa pergi. Biarlah Sunwoo menenangkan diri dahulu.

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now