BAB 2

2.2K 254 26
                                    

" Aku belum habis dendam dengan kau lagi! " Teriak Hyesun. Tubuh junior yang menumpahkan kuah ramen diatas bajunya semalam segera disepak.

Sakit di hati sungguh bersisa. Pagi ini dia terpaksa pakai baju basah!

" Kau buta ke? Berani kau langgar Hyesun? " Provok Yerim. Dia juga turut rasa kasihan dengan Hyesun.

Bajunya basah dengan tumpahan ramen.

Tambahan, minyak lagi.

Lepas tu bukannya junior ni nak basuh.

" Dah junior tu buat cara junior! " Kepala si junior yang terbaring ditunjal oleh Bona. Hyesun pula bertindak memijak baju si gadis junior itu sehingga penuh baju dengan bekas pijakan kasut.

Sungguh puas hatinya.

Sebelum mereka terdengar bunyi tapak kasut yang tergesa-gesa berlari, tepatnya kearah sini. Terpancul wajah itu lagi.

Yoshinori.

Kali ini, wajahnya penuh amarah. Tajam memandang Hyesun.

Buku nota dikeluarkan dan tangan lelaki itu lincah menulis dengan laju.

Lepaskan dia.

" Lepaskan budak ni? Kau gila? "

Budak tu tak salah. Biar aku ganti dia.

Bergetar tangan Yoshi selepas habis menulis ayat itu. Hyesun tersenyum sinis. Matanya memandang Yoshi sebelum pandangannya teralih pada junior yang terbaring lemah dilantai.

" Kau nak ganti budak ni? Jadi hamba aku? "

Yoshi angguk.

Hyesun menepuk tangannya.

" Woah, sekarang kita dapat saksikan si bisu jatuh cinta! " Teriak Hyesun. Lidahnya ditolak kedalam pipi.

" Bagi aje Yoshi ganti. Lagipun jadual kita tak sama dengan junior ni, susah nak suruh buat kerja nanti. Yoshi ni budak batch kita je. " Provok Bona.

Hyesun memandang Yerim pula.

" Si bisu ni sendiri serah diri. Terima ajelah. "

Hyesun memandang Yoshi yang masih tegak berdiri.

" Kau sedar tak kau sedang serah diri jadi hamba aku? "

Yoshi angguk.

" Pahal kau nak ganti dia? Kau suka dia? "

Yoshi menelan liur lantas memandang si junior yang turut sama memandang Yoshi.

Perilaku itu diperhatikan Hyesun.

Oh mungkin dia silap.

Bukan Yoshi sahaja yang menyukai junior ini, mungkin mereka sudah pun mempunyai hubungan.

" Kau sedar tak si bisu, kau sedang serah diri dalam perangkap aku. Kau kenal kan Cha Hyesun macam mana? Dan macam mana teruknya korban buli aku kena? "

Yoshi mengepal tangannya lantas menggigit bibir bawah.

Dia terlebih tahu.

Hyesun itu terkenal juga dengan sifat membulinya. Kadangkala dia akan pau duit orang sesuka hati bersama Yerim dan Bona.

Tetapi tiada sesiapa buka mulut kepada guru.

Kerana mereka tahu, sekali mereka buka mulut, teruk Hyesun kerjakan nanti.

" Orang bisu macam kau ni buat aku ketawa. "

Mata Yoshi lekap memandang Hyesun yang mundar mandir, tertawa sinis.

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now