BAB 40

1.4K 192 50
                                    

Yoshi tersenyum halus. Langkah dibawa ke balkoni hotel, ditemani telefon dipegangan tangan kirinya. Kesepian malam menemaninya bersama Hyesun ditalian.

" Sun! Sun sihat? " Soal Yoshi, ceria melihat wajah isterinya melalui panggilan video call. Pipi tembam yang sangat dia rindui!

" Sihat. Ochi? "

" Ochi sihat. Cuma harini penat sangat, Sun. Dengan kerjanya lagi, meetingnya lagi, rindu Sun lagi. " Usik Yoshi. Hyesun ditalian tersenyum tipis.

Hanya wajahnya sahaja yang kelihatan.

Membuatkan Yoshi berkerut kehairanan.

" Sun, Ochi nak tengok baby boleh? "

" Baby kan dalam perut. " Cebik Hyesun. Yoshi tertawa.

" Usap dia depan Ochi. Ochi rindu dia. "

Hyesun menurunkan posisi telefon keperutnya lantas telefonnya diletakkan diatas meja.

Hanya tangan kiri bertindak mengusap.

" Sun okay? Baby kacau Sun tak? "

" Baby okay. Dia banyak tendang Sun. Mungkin sebab Sun kacau dia tidur kot. " Sengih Hyesun. Yoshi menghela nafas lega.

Syukurlah isteri dia okay.

" Sun.. Ochi rindu. Tunggu Ochi balik ya? "

" Sun tunggu! Ochi balik bila? "

" Lagi 2 hari. Esok masih ada jadual lagi. Lusa baru Ochi prepare nak balik. "

" Ochi balik cepat ya.. " lirih Hyesun meminta. Yoshi memandang dengan penuh sebak.

" Ochi janji Ochi balik cepat. Sun jaga diri. Jangan lasak-lasak okay sayang? "

Hanya anggukan diberi. Seketika, Yoshi keliru melihat isterinya sedari tadi tidak mengeluarkan tangan kanannya langsung. Bahkan disembunyi dibelakang badan.

Membuatkan Yoshi pelik.

" Sayang, kenapa tangan kanan Sun? Sakit ke? Daripada tadi guna tangan kiri je. " Soal Yoshi.

Cukup menyentak Hyesun. Segera gadis ini menggeleng.

" Tak ada apa. Ochi jangan risau! " Sengih Hyesun. Lantas mengambil kembali telefon untuk mengarahkannya hanya pada kawasan mukanya sahaja.

" Sun, okay ke ni? Kenapa-- "

" Bye, Ochi! Sun letak dulu! "

Lantas talian dimatikan. Hyesun mengeluh. Air liur ditelan pahit. Tangan kanan yang berbalut dikerling seketika.

Masih bengkak dan masih melecur.

Syukurlah Hyesun mengetahui dimana peti kecemasan diletakkan. Dapatlah dia mengubatinya sendiri.

Sabar Hyesun.

Kejap je.

Nanti Yoshi akan kembali.

Kan?

Hyesun mengusap perutnya perlahan. Sedari tadi bayinya menendang kuat, bahkan seperti memaksa untuk keluar. Membuatkan Hyesun tidak selesa.

Mungkin kerana faktor dia penat.

Pagi ini, dia telah membasuh segala baju dan pinggan kotor. Kemudian selepas selesai memasak makanan tengah hari, Hyesun bertugas mop lantai satu rumah.

Baru sahaja mahu melelapkan mata, mama menyuruhnya memotong rumput dilaman rumah luar.

Sungguh, Hyesun penat.

Tambahan lagi, perutnya yang membesar. Hyesun hanya ingin berehat dan merebahkan badan.

Syukurlah panggilan video Yoshi berjaya menyalurkan semangat. Gadis ini kembali tersenyum.

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now