BAB 29

1.5K 197 47
                                    

" Lambat lagi ke? "

" Lambat. Tak payah tunggu aku okay? Jaga diri. " Balas Yoshi ditalian. Hyesun mengeluh perlahan.

" Okay, you too. "

Lantas talian dimatikan. Hyesun menghempaskan tubuhnya diatas sofa. Bersendirian lagi di rumah.

Semua kerana Yoshi tiba-tiba kata yang dia sibuk, ada tugasan dengan Sunwoo, Felix dan Jisung. Hyesun memahami suaminya, Yoshi juga ada tugasan lain, bukannya berkepit je dengan dia.

Teringat juga peristiwa pagi tadi.

Hampir sahaja Yoshi merajuk kerana Hyesun tidak habis mentertawakan rambut baharunya.

Yoshi mewarnakan rambutnya blonde.

Sungguh Hyesun tidak menipu, sangat tampan. Malahan sesuai dengan Yoshi. Hyesun tertawa kerana hanya mahu mengusik si suami.

Wajah cemberut suaminya sungguh comel. Ingin sahaja Hyesun mencubit pipi tembam itu!

Tok! Tok!

Tersentak, ketukan pintu yang kuat menyebabkan Hyesun terdiam seketika. Dia berjeda lantas menghampiri tombol.

Memulas perlahan, lantas terpampang wajah wanita yang sedari tadi mengetuk pintu.

" Aun--Aunty Naomi... "

Tidak mengendahkan kehadiran Hyesun, Naomi terus menapak masuk. Memerhatikan segenap rumah, lantad melabuhkan punggungnya di sofa.

Hyesun masih berdiri kaku.

" Kau ni tak beradab betul. Aku ni tetamu, tak geti nak hidangkan air ke apa ke? " Bidas Naomi. Hyesun angguk dan terus menapak ke dapur.

Membancuh secawan air teh dan menghidangkannya dihadapan.

" Minum-- "

" Aku tahu. "

Naomi menyilangkan kaki, memandang Hyesun dengan tajam. Sehingga kekok si gadis cuba mengelak tatapan.

" Apa kau dah bagi anak aku makan sampai dia jadi biadap macam tu? "

" Huh? "

" Sepanjang aku kat hospital, dia cuma lawat aku sekali je. Tu pun dengan amaran, untuk aku jangan ganggu kau. Hebat kau, Cha Hyesun! Semua orang kau dah bodohkan! "

Hyesun kaku, cuba tidak membalas perkataan ibu mertuanya.

" Mama, jangan kacau isteri Yoshi boleh? "

" Yoshi? Berani eh sekarang melawan mama? " Kerut Naomi. Yoshi menghembus nafas kasar.

" Hyesun tak salah. Apa pun yang jadi, tu semua perkara lampau. Eomma pun dah meninggal. Untuk apa mama marah orang tak bersalah? "

" Apa Hyesun tu dah buat sampai kamu jadi bodoh macam ni? " Marah Naomi. Membulat matanya memandang Yoshi.

" Ni bukan bodoh, ma. Tapi tanggungjawab Yoshi sebagai seorang suami. Kebahagiaan anak mama sekarang ada pada perempuan yang mama benci tu. Dia lah punca Yoshi tersenyum sekarang, ma. Jadi jangan pernah buat dia sedih ma. Sebab sekali dia hilang, anak mama akan mati. "

" Kenapa Aunty benci sangat kat Hyesun? Apa salah mendiang eomma? Apa salah Hyesun? "

" Salah korang? Rampas suami aku! "

" Appa tu suami eomma dululah! " Teriak Hyesun. Tidak menerima eommanya dituduh perampas.

" Tak! Dia sayang aku! Tapi eomma kau rampas! Keturunan perampas! Kau pun rampas Yoshi daripada Serra kan? Hidup kau memang takkan aman, Cha Hyesun! Sebab hidup perampas dijanjikan binasa! "

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now