BAB 32

1.5K 202 83
                                    

" Plan Hyesun? Woi, korang cakap apa ni? Dah gila? Ke kau huh? Cuba nak burukkan isteri aku? " Tengking Yoshi, lantas mengerling Serra yang cuba menerangkan.

" Cuba you diam, sampai I habis cakap? " Balas Serra, tajam. Yoshi mendengus.

" Apa lagi benda tipu you nak beritahu huh? "

" Sebenarnya Yoshi, ni semua plan Hyesun. Plan dia untuk buktikan niat jahat Jihoon dengan Bona pindah ke sekolah korang. " Kali ini Yerim memintas. Yoshi berkerut.

" Plan jahat? "

" Aku tahu Hyesun mesti ada cakap kat kau yang dia selalu berdua lepak dengan Jihoon. Alasan dia, kerja berkumpulan right? Itu lah titik bermulanya kenapa Hyesun mulai syak Jihoon ada niat jahat. "

" Malam yang you ajak dia dinner, tapi I yang muncul. Lepas tu I cakap yang Hyesun keluar dengan Jihoon. You ingat? " Celah Serra pula. Yoshi terdiam.

Ya dia ingat.

Betapa terlukanya dia, tetapi cuba tidak melenting kerana dia tahu hubungan Jihoon dan Hyesun hanya sebatas teman.

" Sebenarnya masa tu, Jihoon bawa Hyesun ke rumah dia. And pada mulanya okay je, sampailah.. "

" Kau tinggal sorang je ke, Ji? " Soal Hyesun. Jihoon yang sedang membancuh air tertawa sinis.

" Haah. Lagipun, mak aku tak tahu aku pindah sekolah. "

" Hah? Serius? Kenapa? "

Jihoon menatang airnya kehadapan lantas meletakkannya diatas meja sebelum matanya menatap Hyesun.

" Kan aku pernah cakap. Aku akan kejar kau Hyesun. "

" Err.. okay. " Angguk Hyesun kekok, matanya melilau sebelum tertancap pada satu bilik bertanda X disitu. Kerutan hadir didahi.

" Tu bilik apa, Ji? "

" Bilik ni? Kau takkan tertarik nak tahu. "

" Nampak menarik sebab ada tanda X tu. Mesti ada ben-- "

" Barang assignment kita kat atas. Aku ambil jap. " Potong Jihoon, lantas menapak ketingkat atas, menyisakan Hyesun yang kaku.

Bibir bawah digigit sebelum dia memerhatikan bilik itu, lama.

Perlukah dia buka sekejap?

Hanya sekejap je kan? Lagipun Jihoon pasti lama.

Gadis ini dengan berani bangun dan menapak perlahan kebilik itu. Tangannya menggigil cuba menyentuh tombol sebelum nafas dihirup.

Jangan takut, Hyesun!

Sebaik sahaja pintu dibuka, yang terpampang hanyalah bilik kosong, tanpa sebarang perabot.

Hanya bilik kosong?

Hyesun mengacuh, lantas menarik kembali tombol mahu menutup pintu, sebelum dia tersentak.

Dibahagian dinding sebelahnya, kelihatan beberapa gambar ditampal.

Dan ianya memenuhi dinding secara keseluruhannya.

Hyesun berkerut, memalingkan kepalanya cuba memandang sebelum matanya membulat. Satu persatu gambar yang tertampal membuatkan dia kaku.

Ini semua....

Gambarnya yang diambil secara senyap-senyap.

Bermula daripada dia bergelak tawa bersama Bona dan Yerim, kemudian dia membuli budak, menghisap rokok, bahkan...

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now