BAB 41

1.5K 200 48
                                    

" Kenapa tergesa balik ni? " Soal papa, berkerut melihat Yoshi yang tidak sabar menunggu panggilan kapal terbang mereka ke Korea.

Yoshi menghembus nafas kasar.

" Tugas kita dah selesai kan? Meeting dah habis, site pun kita dah visit. Nak tunggu apa lagi? "

" Kita patutnya balik esok, Yoshinori. Tak penat ke badan balik tergesa macam ni? " Keluh papa. Dia melabuhkan punggung diatas kerusi, sementara menunggu dipanggil.

Yoshi pula tidak habis melihat telefonnya.

" Papa tak rindu mama? "

" Rindu. Tapi badan pun penat juga. "

" Yoshi rindu Hyesun. Yoshi rindu nak peluk dia, nak usap anak kitorang. Jadi tak salah pun kan kita balik awal? " Keras nada Yoshi. Papa menghembus nafas.

Usai menunggu beberapa minit, akhirnya mereka dibenarkan masuk kedalam pesawat. Langkah Yoshi diperhati.

Sungguh gopoh.

Menimbulkan tanda tanya papa.

Sebaik sahaja mendapat tempat, papa menepuk peha Yoshi. Mengundang perhatian si pemuda Jepun.

" Ya, pa? "

" Rindu sangat ya kat Hyesun? "

Yoshi yang pada mulanya serabut, perlahan mengendur. Dia menyandar tubuh dan menghela nafas berat.

" Rindu, risau, dan takut, pa. "

" Papa faham. Sangat faham. Papa pernah rasai ni semua... "

Papa terdiam seketika sebelum matanya memandang Yoshi.

" Dengan mendiang eomma Hyesun. Tapi tak apalah, benda dah lepas kan? " Lirih papa menjawab. Yoshi kelu.

Kehilangan kata.

Dia tahu, sangat tahu yang papa merindui mendiang eomma Hyesun. Cinta pertamanya. Insan pertama membuatkan dia mengenali apa itu cinta.

Perginya insan itu, pasti meninggalkan kesan yang sangat berat dalam hati papa.

" Pa, Yoshi janji, Yoshi akan jaga anak papa. Sampai hujung hayat, pa. Sampai nafas yang terakhir. "

" Papa percaya Yoshi. Hyesun sangat bertuah, sebab dapat Yoshi. "

" Taklah, pa. Yoshi yang bertuah... Sebab dapat seseorang macam Hyesun. "

Papa hanya terdiam. Yoshi menghembus nafas. Mungkin sepanjang perjalanan ini, sewajarnya Yoshi cuba mengetuk kesedaran papa.

" Papa, kalau satu hari nanti, papa kena pilih antara mama atau Hyesun, papa pilih siapa? "

Kali ini, soalan Yoshi berjaya membuatkan papa terbungkam. Kelu lidahnya mahu berbicara sebelum lelaki ini mendengus.

" Kenapa tanya soalan macam ni? "

" Papa jawab je. Ikut hati papa. "

" Papa akan pilih Hyesun. "

" Isteri Yoshi? Kenapa? "

" Sebab dia je darah daging papa sekarang. Tinggalan untuk papa jaga dan sayang. Mungkin papa gagal jadi ayah dia dulu. Tapi kalau satu hari nanti, akan ada keadaan memaksa begitu, papa akan pilih anak perempuan papa. Anak sulung papa, yang berjaya mengubah papa menjadi seorang ayah. "

----------------------

Hyesun terjaga. Dia berkerut lantas bibirnya meringis menahan kesakitan akibat jatuh pengsan di lantai dapur.

Jam ditilik.

Menghampiri 12 tengah hari. Sudah berapa lama dia pengsan? Sejak semalam?

Segera tangannya menampung badan untuk bangkit. Tubuh yang kelelahan tidak dihiraukan.

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now