BAB 5

2.1K 269 28
                                    

HUARGH!

HUARGH!

DUSH!

Hyesun jatuh terduduk. Peluh menitis membasahi dahi, cukup melelahkan si gadis. Pedang di genggaman dicampak ke tepi.

Sungguh dia penat.

Memegang tugas sebagai anak sulung sungguh membebankan, ditambah lagi dia merupakan sulung perempuan.

Dan dia perlu mencari suami yang juga merupakan seorang putera raja, agar kerajaannya dapat kembali memerintah. Berdiri sendiri takkan menguntungkan sesiapa.

Kali ini, dia berlatih pedang. Gerakannya lincah, namun jika dibawa ke medan perang, dia akan terkorban. Tidak akan lama kerana skilnya belum cukup ampuh.

Dia perlukan seseorang membantunya.

" Tuan puteri. "

Hyesun berpaling, membulat matanya memandang tuan empunya suara yang sedang menunduk, memberi penghormatan.

" Oh Yoshinori. "

Hyesun tersenyum. Memandang segenap wajah indah itu.

Sungguh, lelaki ini kacak.

Berjaya meraih hatinya.

" Permaisuri memerintahkan saya melihat keadaan tuan puteri. Adakah tuan puteri dalam keadaan baik? " Soal Yoshinori, penuh adab. Hyesun segera bangun dan mengangguk.

" Beta baik sahaja. Tetapi, boleh beta minta bantuan tuan hamba? "

Yoshi angguk laju.

" Boleh tuan hamba ajarkan beta mengendalikan pedang? "

" Errr... Tuan Puteri boleh menyuruh pengawal diraja wanita untuk membant--- "

" Beta mahu Yoshinori, ketua pengawal istana yang membantu beta. "

Yoshi terdiam. Memandang mata Tuan Puteri Hyesun sebelum dia akur. Langkah segak itu diatur mendekati si gadis.

" Apa yang boleh patik bantu, tuanku? "

" Beta akan mengayunkan pedang, dan tuan hamba boleh menegur jika beta tersilap. "

" Tapi, menegur keluarga diraja itu-- "

" Yoshinori. "

Yoshi bungkam. Kali ini dia hanya mendiamkan diri, tidak mahu membalas lagi. Dia tahu hukuman apa yang bakal diberikan jika dia melawan perintah diraja.

Kini, hanya Hyesun yang lincah bergerak. Mengayunkan pedangnya, sesekali mengacah angin kencang, cukup menunjukkan auranya sebagai pemimpin wanita.

Namun, di gerakan terakhir, Hyesun gagal mengimbangi diri. Pedang diangkat tinggi mahu diayun, namun dia tersentak lantas hentakan kuat punggungnya pada lantai yang dia dapat.

" ARGHH! "

" Tuanku! " Yoshi kaget lantas berlari menghampiri Hyesun. Dia tidak menyentuh, kerana larangan menyentuh keluarga diraja secara sembarangan masih utuh dalam fikirannya.

" Tidak mahu membantu beta? "

" Bukan, cuma larangan Maharaja untuk jangan menyentuh keluarga diraja sesuka hati perlu diikut, tuanku. "

" Kamu dapat pengecualian, Yoshi. Sentuh beta, bantu beta jika perlu. Hanya kamu. "

Mata Hyesun tepat memandang Yoshi. Cukup mengundang debaran.

DUP DAP DUP DAP!

" Tuanku-- "

" Mahu dihukum pancung, Yoshinori? "

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now