BAB 24

1.7K 201 38
                                    

" Apa hak kau nak suruh suami aku mati hah?! "

" Aunty... "

" Ni rupanya perangai sebenar kau eh, Hyesun? " Teriak Aunty Naomi. Membulat matanya memandang Hyesun lantas berpaling pada suaminya yang berjuraian air mata.

" Kau buat laki aku nangis?! "

" Aunty--- Hyesun boleh terang-- "

" Mama! Kenapa mama kacau dorang berlatih berlakon ni? "

Satu suara menyampuk. Datang lantas menghampiri Aunty Naomi.

" Berlakon? "

" Isteri Yoshi terpilih untuk berlakon nanti masa hari prom night. So papa bantu dia berlatih lah. Hebat kan Hyesun? Sampai menangis papa dibuatnya. "

Ya, lelaki itu.

Yoshinori.

" Oh, berlakon ke? " Aunty Naomi memandang Hyesun. Lantas gadis itu mengangguk kecil.

" Maafkan Aunty! Aunty tak tahu. Lah kenapa tak beritahu awal-awal. " Sengih Aunty Naomi. Hyesun berdehem dan menunduk.

Hanya memerhati Yoshi mengiringi mama pulang ke bilik. Papa juga bingkas bangun, dan berpampasan dengan Hyesun.

" Maafkan appa.. "

Sebelum tubuh itu menapak mengikuti Aunty. Hyesun masih kelu didapur, lantas dia jatuh terduduk. Menangisi hidupnya kini.

Sepertinya dia hampir putus asa.

Hampir ingin membunuh dirinya sendiri jika ini pengakhirannya.

Sungguh yang dia perlukan sekarang pelukan hangat eomma. Sekarang apa yang dia ada?

" Maaf lambat datang, Hyesun. " Satu suara menegur gadis itu. Hyesun mengangkat muka memandang tuan empunya suara bersama tangisan dipipi.

" Kan aku dah janji nak lindungi kau. Tapi aku lalai tadi. Maaf, ya? Lepas ni aku tak bu-- GRAPPP!! "

Yoshi kaku. Membisu melihat tindakan Hyesun padanya kini.

Isterinya sedang memeluk erat tubuh Yoshi.

Bersama air mata yang membasahi pipi.

" Aku penat, Yoshi. Semua orang tinggalkan aku. Eomma... Appa... "

" Tapi aku takkan tinggalkan kau. " Pintas Yoshi. Hyesun menahan sendu.

" Kau dah ada Serra. Aku takkan rampas kau daripada dia, Yoshi. Aku tahu sakitnya apabila seseorang dirampas daripada hidup kita. "

Yoshi meleraikan pelukan. Matanya memandang lembut wajah Hyesun yang sembap.

Sebelum jari itu naik, mengelus lembut pipi Hyesun yang basah. Mengelap perlahan, bersama senyuman dibibir.

" Pagi tadi, sebaik sahaja aku setuju nak jadi suami kau, aku pun dah berjanji pada semua orang, pada Tuhan, yang aku akan jaga kau, lindungi kau, dan takkan tinggalkan kau. Hyesun, aku memang bukan suami yang terbaik. Tapi aku boleh jamin, aku suami yang boleh kau harapkan. "

Yoshi mengusap rambut gadis itu. Mengusap penuh kasih.

" Kalau kau sedih, cerita pada aku. Kau penat, mengadu pada aku. Kau nak marah, lampiaskan pada aku. Dan kalau kau nak menangis, nangis pada bahu aku. Apa gunanya aku berdiri disini, kalau bukan untuk membahagiakan kau, Hyesun? "

" Yoshi.... "

Yoshi meraih tubuh Hyesun lantas dipeluk erat.

Gadis ini sudah dipenuhi kesakitan dalam diri. Dan Yoshi hanya mahu isterinya tidak lagi terluka.

Bisu / Yoshi ✓Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora