BAB 21

1.7K 220 86
                                    

Hujan turun mencurah-curah.

Bahkan bakal menandakan ribut menyinggah. Seakan tahu dan turut menangisi, menyokong disisi si gadis.

Batu nisan empat insan pelengkap hidupnya, diusap perlahan. Bersama tangisan yang membasahi pipi.

Jika ditanya keadaannya, sungguh dia akan terdiam. Bahkan, ingin sahaja dia memotong nadinya sekarang. Mengakhiri hidup, terbang bersama ahli keluarganya diatas sana.

Biarkan.

Biarkan tubuhnya basah dengan air hujan.

Biarkan tangisan air mata dan hujan yang membasahi tubuhnya menjadi satu.

Sehinggalah hadir seseorang, memayungi, turut sama berdiri memandang kubur empat insan yang meninggalkan dunia sebentar tadi.

Eomma, Hwanjun, Heri dan Hyeri.

" Aku pernah cakap dulu. Tapi aku akan cakap lagi. Aku sentiasa ada disisi kau. Sentiasa. " Ujar lelaki itu. Turut menahan sebak.

Wajah si gadis yang meratapi itu dipandang dalam. Keluhan halus terlepas.

" Apa kau buat kat sini, Yoshinori? " Soal Hyesun, tidak ingin berbahas.

" Teman kau. Aku dah janji kan untuk selalu ada dengan kau. "

" Biarkan je aku basah. Kau pergi balik lah. "

" Balik? Aku akan balik dengan kau, Hyesun. "

" Balik, Yoshi. " Keras nada Hyesun. Mengetap rahangnya.

" Aku dah kata aku balik dengan kau. "

" PERGI BERAMBUS LAH!! "

Teriakan.

Penuh penyesalan, bahkan kuat menghunus Yoshi. Lelaki itu kelu, memandang Hyesun yang kian tersedu dan meraup wajahnya. Memenuhi tangisan.

" Hyesun, you can rely on me. "

" And I wont. BALIK! "

" TOLONGLAH BALIK! " Tubuh Yoshi ditolak kuat, namun hanya berganjak sedikit. Hyesun menggigit bibir bawah, cuba menghilangkan air mata yang laju membasahi pipi.

" BALIKKK!! " Kali ini teriakan terakhir. Sebelum Yoshi angguk.

" Okay, aku balik. "

Yoshi meraih tangan si gadis, lembut. Lantas payung dipegangannya diberikan pada si gadis.

Membiarkan Yoshi yang dilimpahi titisan hujan kini.

" Jangan main hujan ya? Nanti sakit. " Senyum Yoshi. Sebelum dia menapak pergi.

Meninggalkan Hyesun di kubur keluarganya.

Hyesun memejam matanya, lantas air mata itu jatuh lagi.

Lelah.

Penat.

Dia ingin putus asa.

Putus asa dengan hidup.

Mengapa Tuhan ambil empat insan tu? Insan yang sangat penting dalam hidupnya?

Kini, apa yang ada? Siapa boleh dia harapkan?

Bahkan, kosong.

Gelak tawa si kembar Heri dan Hyeri memenuhi halwa telinta. Tak lupa juga Hwanjun yang gemar bertanya soalan padanya.

Dan akhir sekali, eomma yang suka memujinya. Sentiasa mengatakan dia sudah membuat yang terbaik.

Hyesun sentiasa yang terbaik di mata eomma, sayang. Biarpun satu dunia mengeji, eomma nak anak gadis eomma ni tahu, dia paling terbaik! Dia lah tulang belakang keluarga! Dan dia juga penceria dunia.

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now