BAB 19

1.7K 209 74
                                    

" Kakak jaga diri okay? " Senyum Hwanjun lantas memeluk erat tubuh Hyesun. Gadis itu turut tersenyum lebar.

" Hwanjun jaga eomma dengan adik-adik okay? "

" Baik bos! Perintah dipatuhi. " Angguk Hwanjun. Lebih kepada teruja kerana dapat bersama keluarganya ke majlis sekolahnya.

Hyeri dan Heri, si kembar sudah melompat kegembiraan. Tak lupa juga memakai beg sandang yang sungguh comel.

" Heri dan Hyeri, jangan susahkan eomma okay? " Pesan Hyesun pula pada si kembar. Hyeri angguk patuh manakala Heri menjelirkan lidah.

" Kenapa akak tak ikut? " Soal Hyeri memuncung. Hyesun tertawa dan mencangkung, menyelaraskan tubuhnya sama tinggi dengan adiknya.

" Akak ada exam. Korang enjoy tau kat sana. "

Hyeri angguk manis. Heri pula kelihatan memerhati sebelum dengan pantas si kecil mencium pipi si kakak.

CHUP!

" Heri? "

" Sayang kakak! " Sengih Heri. Hyesun menelan liur, cuba menyembunyikan rasa sebak. 2 hari sahaja mereka pergi, tetapi Hyesun dah mula rasa sedih.

Kini, giliran si eomma pula. Menyentuh tangan anaknya dengan lembut.

Jaga diri sayang. Jawab exam elok-elok okay?

" Eomma... "

Lantas tubuh si ibu dipeluk kuat. Eomma tersenyum dan mengelus tubuh anaknya.

Faham.

Mesti Hyesun akan rindu.

" Eomma jaga adik-adik okay? Nanti cepat balik lepas semuanya habis. " Pesan Hyesun. Eomma angguk dan memandang tepat ke mata anak gadisnya.

Eomma nak Hyesun tahu, eomma bangga dengan anak eomma. Apa saja yang Hyesun buat, dah buat eomma gembira. Hidup tanpa penyesalan ya, princess eomma?

" Eomma... Hyesun sayang eomma! "

Eomma pun sayang anak eomma. Hyesun kena selalu jaga diri, walaupun satu hari nanti eomma tak ada, eomma percaya anak eomma boleh jaga diri.

" Iya, Hyesun jaga diri. "

" Ehem! "

Serentak mengundang perhatian mereka sekeluarga. Yoshi sudah berdiri disisi Yunjin, menaikkan sebelah keningnya, meminta Hyesun untuk menyudahkan acara pelukannya.

Mereka masih perlu ke sekolah pagi ini.

Mengiringi pemergian keluarga Hyesun, dan Yoshi bersama Hyesun akan berangkat ke sekolah.

Eomma menunduk dan tersenyum memandang Puan Naomi yang turut sama tersengih.

Puan, terima kasih beri kebenaran saya teman anak-anak.

" Erm Hyesun, boleh translate mak awak cakap apa? Saya tak pandai bahasa isyarat. "

Pinta Puan Naomi. Namun, baru sahaja Hyesun mahu membuka mulut, Yoshi sudah memintas laju.

" Terima kasih beri saya kebenaran teman anak-anak saya. "

Hyesun kelu. Melihat Yoshi yang serius cuba menafsir bahasa isyarat eomma. Seketika hatinya menghangat.

Saya akan cepat balik dan buat kerja saya.

" Saya akan habiskan semua dan cepat balik ke sini. " Ujar Yoshi. Puan Naomi angguk dalam senyuman lebar.

Eomma meraih tangan Hyesun perlahan. Tunak matanya memandang Puan Naomi, sebelum beralih pada Yoshi disisi.

Tolong jaga anak eomma boleh, Yoshi?

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now