BAB 14

1.6K 213 21
                                    

" Eh Jihoon! " Teriak Eric. Lantas berlari menghampiri tubuh sahabatnya. Jihoon tersenyum lebar, menanti Eric dan Hyunjin menghampirinya didepan pintu kelas.

" Rindu gila kat korang! " Balas Jihoon. Tangannya cuba menstabilkan diri yang mengapit tongkat dikedua belah lengan.

Jihoon sudah sihat dan dibenarkan pulang, cuma keadaan kakinya masih belum sepenuhnya boleh berjalan sempurna. Kerana itulah dua tongkat menemani langkah pemuda tampan ini.

" Jom masuk! Kelas sunyi sangat tak ada kau. " Muncung Hyunjin. Jihoon tertawa kecil.

Eric dan Hyunjin membantu memapah Jihoon masuk ke dalam kelas serentak mengundang perhatian seisi kelas.

" PARK JIHOON IS BACK! "

" Jihoon! "

" Woah sihat dah Jihoon kita ni. "

Pelbagai suara menyapa halwa telinga Jihoon. Si tampan tertawa halus lantas menapak perlahan ke tempat duduknya.

" Kau okay? Teruk juga kan kau kena pukul. " Omel Eric. Jihoon hanya berdehem.

" Yoshi dah pindah, kau jangan risau. Baguslah dia dah blah daripada sekolah ni, tiba-tiba je pukul orang. "

" Kan dulu aku yang pukul dia dulu. "

" Tapi dia masuk hospital tak? Aish ni kau sampai kena warded, bodoh ke? "

" Jihoon! "

Satu suara menyentak mereka. Pandangan mata beradu sebelum hanya senyuman hangat dilemparkan Jihoon.

" Oh Bona, kenapa? "

Bona bertindak menolak Hyunjin dengan kuat sebelum dia melabuhkan punggung disebelah Jihoon. Hyunjin mendengus, cuba menahan diri daripada menunjal kepala Bona.

Dasar tak tahu malu.

" Kau dah sihat? " Soal Bona, tersengih. Jihoon hanya mengangguk.

" Aku risaukan kau sangat. Tak tahu apa keadaan kau, teruk kena pukul macam tu... "

" Hyesun mana? "

Bona tersentak. Terdiam mendengar ayat yang meluncur daripada bibir Jihoon.

" Errr.. Hyesun tu biarlah. Kan aku tengah tanya keadaan ka--- "

" Cha Hyesun, dia dah pergi ke? "

Sekali lagi, bibir Jihoon menuturkan nama gadis itu.

Cha Hyesun.

Bona mengepal tangannya. Gigi diketap kuat.

Kau dah pergi pun, Jihoon masih cari kau, Hyesun.

" Jihoon, tak payahlah tan-- "

" Kau nak tahu pasal Hyesun ke? Dia dah pergi semalam. "

Satu suara mencelah.

Bona memandang sebelum dia mendengus.

" Hyesun okay? " Soal Jihoon lagi, kali ini memandang tuan empunya suara tadi.

Yerim.

" Okay? Huh, tengoklah apa dorang buat kat Hyesun. Menangis kawan aku pergi, sebab dia kata dia hanya beban kat korang. " Sinis Yerim membalas, tepat memandang satu persatu wajah rakan sekelasnya.

Dan terakhir, wajah Bona.

" Dia memang pembuli. " Sampuk Bona.

Jihoon berkerut. Dia memandang penuh tanda tanya.

" Kejap kenapa ni? "

" Hyesun kena buli dengan dorang semua masa last day dia. Bagus jugak eh korang? Sanggup buat dia macam tu, sedangkan selama ni dia yang bantu korang belajar! " Teriak Yerim.

Bisu / Yoshi ✓Where stories live. Discover now