Special Chap Jack Syafira

6.1K 304 4
                                    

Enjoy !

———

" Tuan! ".

Jack yang baru menarik lepas jaket terhenti dengan segera merenung pembantu rumah yang berjalan laju ke arahnya. Nampak wajah wanita sekitar umur lima puluhan itu gelisah. Jack mula rasa tak sedap hati dengan riak muka yang terlukis.

" Kenapa? ". Jack melepaskan jaketnya juga. Diletakkan di atas katil sebelum berpaling pada pembantu rumah yang masih berdiri seakan tidak sabar mahu memberitahu dia sesuatu perkara. Memang di hati terdetik perasaan aneh namun Jack tepiskan.

" Is-Isteri tuan dah-dah larikan diri— ". Tergagap penuh ketakutan pembantu rumah tersebut berujar. Refleks tatapan terkejut Jack layangkan. Patutlah dia tak nampak Syafira sejak balik tadi!

" Sejak bila dia larikan diri. ". Jack bertanya lagi. Urat-urat dia terasa mula bertindak tegang mengawal rasa marahnya. Pembantu rumah itu menunduk sekejap sebelum menjawab.

" Se-Sejak pagi tadi... ". Jawapan pembantu rumah itu makin menaikkan darah Jack. Rasa nak maki pembantu rumah itu pun tak ada guna. Dia gapai telefonnya keluar lalu di hidupkan. Memang ada banyak panggilan yang tak dijawab. Kiranya pembantu rumah itu sudah menelefon tapi dia yang tak angkat.

" Sial. Jaga rumah. Aku akan cari dan bawa isteri aku balik ke rumah semula. ". Tekan Jack mengambil kasar jaketnya dan lekas melangkah keluar bilik. Muka marahnya sudah keluar. Dia hidupkan kereta memandu mencari isterinya.

Seluruh kawasan sudah dia putar mencari keberadaan Syafira namun tetap tak jumpa. Ke mana isterinya lari? Selama sebulan dia bergelar suami isteri rupanya Syafira masih ingin melarikan diri. Dia fikir Syafira boleh menerima dia dengan hati yang terbuka. Tapi isterinya masih berdegil.

Jack bersandar tegak pada kerusi kereta. Mendaratkan siku pada bingkai tingkap kereta dengan jari memicit kepalanya. Seketika perhatian dia teralih dengan satu dentingan mesej yang berbunyi. Lekas dia ambil untuk membaca. Senyuman dia muncul. Benda digital tersebut di campak ke seat sebelah.

Dia dah tahu di mana Syafira bersembunyi. Kereta dia hidupkan dan mula memandu bersama rasa marah yang tertahan. Di skrin telefonnya tergambar sebuah lokasi di mana Syafira berada. Isterinya tak sebijak dirinya.

Mengambil masa dalam hampir satu jam. Akhirnya dia turun dari kereta. Melihat sebuah rumah besar di depannya ini. Di kawasan luar berlari beberapa orang budak kecil bermain ria. Jack berjalan ke depan pintu yang terbuka luas. Kedatangan dia menarik perhatian budak budak yang melihat.

" Tuan Hakim? ". Jack yang sememangnya berhenti di muka pintu melirik biasa sebelum menukar riak kepada mesra tersenyum. Datang satu wanita berumur mendekat. Orang yang menegurnya tadi.

" Maafkan sikap auntie kalau kurang sopan tapi kenapa tuan Hakim datang ke sini? ". Tanya wanita tersebut lagi dengan lemah lembut bak seorang ibu bertanya pada anaknya sendiri. Jack tak menjawab melainkan memberikan senyuman kecil.

" Jemput masuk tuan ". Pelawa wanita itu lagi mengajak masuk. Jack tidak menolak, dia membuka kasut hitamnya dan masuk ke dalam. Terlihat lagi budak budak bermain bersama. Di sudut sana ada yang sedang membaca. Berlari dan hampir terlangar dengan tubuhnya.

" Saya datang sini sebab nak cari seseorang. ". Jelas Jack mengambil tempat duduk di atas salah satu sofa yang ada. Di sebelahnya terdapat seorang budak sedang berwarna di buku warna. Sempat dia mengusap rambut budak tersebut.

" Cari— siapa? ". Wanita itu sendiri kelihatan bingung tidak mengerti. Semua di sini hanyalah budak budak yang berumur kurang 17 tahun. Ini adalah rumah anak yatim. Para anak anak yang kehilangan ibu bapa penuh di sini. Dalam 30 orang.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now