[69]

16.8K 719 62
                                    

Is duduk bersandar di sofa yang berada di ruang tamu sambil melayari televisyen yang terbuka. Mia menyuruh Is duduk di situ sementara Mia masak makanan untuk tengah hari. Is sudah boleh bergerak seperti biasa tetapi tidak boleh terlalu aktif. Is menoleh apabila terdengar bunyi suara budak bercakap.

Di ruang tamu tersebut. Kelihatan Aira duduk di lantai tidak jauh daripada Is. Aira bermain dengan patung beruang biru miliknya dan patung-patung yang lain tersusun berbentuk bulatan. Aira bercakap dengan patung-patung tersebut. Dalam diam Is memerhatikan Aira.

Aira tumbuh menjadi seorang budak yang sihat dan baik. Selama Is sakit, Aira tidak pernah merengek atau menangis kerana sesuatu. Mungkin Aira faham tentang keadaan yang Is hadapi. Aira menarik pincu kereta kecil dan membiarkan kereta itu bergerak ke seraya tempat. Namun Aira tidak perasan kereta mainan itu bergerak lurus ke arah Is.

Is hanya memerhati kereta mainan yang bergerak dan berhenti kerana terhalang dengan kaki Is. Is memandang ke arah Aira yang masih tidak menyedari hal itu. Tapi tidak lama kemudian Aira baru perasan kereta mainan itu tidak ada berdekatan dengan patung-patungnya. Aira mencari di mana kereta itu pergi.

Aira tersengih apabila melihat keretanya berhenti tidak jauh dari situ. Aira dengan susah payah bangun berjalan sambil membawa patung beruang bersama ingin mengambil kereta mainan tersebut. Namun langkah Aira terhenti apabila melihat ayahnya ada di situ.

Aira takut ayahnya marah jika Aira menganggu ketenangannya. Aira cuma berdiri sambil berulang alik menatap kereta mainan tersebut dan ayahnya. Is tersenyum kelat. Is tahu Aira takut akan dirinya. Is membungkuk mencapai kereta mainan tersebut. Aira masih berdiri di tempat yang sama sambil menunggu apa yang Is akan lakukan.

Is menghulurkan kereta mainan itu kepada Aira. Aira hanya menatap Is dengan mata bulat yang berkedip-kedip. Is semakin melebarkan senyuman. Aira kelihatan comel dengan wajah polos begitu.

" Nah. Ambil kereta Aira ni ". Ujar Is sambil mengerakkan kereta mainan tersebut supaya Aira mengambilnya. Aira dengan perlahan berjalan mendekati ayahnya. Tangan mungil Aira memanjang ingin mengambil kereta tersebut. Namun Is sengaja menarik menjauhi Aira.

Aira mengerutkan dahinya kerana kereta mainan itu berjauhan dengan tangannya. Aira mencebirkan bibirnya sambil menatap Is dengan pandangan yang penuh harapan agar ayahnya memberikan mainan miliknya. Patung beruang di tangan Aira peluk kuat.

" Aira nak kereta ni? Kalau Aira nak.. Aira bagi ayah kiss dulu. Dekat sini, sini dan sini. Baru ayah bagi okay? ". Is menunjukkan kedua pipinya dan dahinya untuk Aira cium. Buat pertama kalinya Is menggelarkan dirinya sebagai ayah kepada Aira. Aira memikirkan kata ayahnya.

" Kalau Aiya kiss. Ayah bagi kereta Aiya okay ". Aira yang masih berumur tiga tahun lebih itu bertanya kepada Is untuk mendapatkan jawapan. Kepala Aira juga condong ke tepi sambil menatap Is. Is ketawa kecil mendengar Aira menyebutkan namanya sendiri tetapi menjadi Aiya kerana Aira belum fasih menyebut R.

Is mengangguk mengiyakan kata Aira. Aira terus mendekati ayahnya. Sampai di depan ayahnya. Is membungkuk supaya Aira lebih mudah memberi ciuman kepada Is. Aira terus mencium tempat yang ayahnya tunjukkan tadi. Setelah mendapat kiss seperti yang Is mahukan. Is terus memberi kereta mainan kepada Aira.

" Terima kasih ayah.. ". Aira berlari kembali ke arah tempat dia bermain seketika tadi. Aira menyambung bermain lagi. Jujur Is katakan yang dia gembira melihat Aira sudah tidak takut kepada dirinya lagi. Is mengukirkan senyuman apabila Aira menoleh ke arah nya.

Aira bangun dari duduk membawa patung beruang nya ke arah Is. Is sudah tidak berminat ingin menonton televisyen kerana Aira lebih menarik perhatiannya daripada televisyen itu. Aira dengan berani meletakkan patung beruang berukuran sederhana itu ke atas peha Is.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now