[51]

12.9K 574 50
                                    


Sorry baru update 😆 author fokus kat TZHP je smpai tak update ni yee 😂😂

######

Mia berdiri menunggu Is membeli barang di luar kereta. Mia berasa tidak selesa jika duduk di dalam kereta terlalu lama. Nasib baik cuaca pada petang ini redup. Mia berdiri sambil mengelus perutnya memerhati sekeliling. Kedai ini berhampiran dengan taman beriadah jadi agak ramai orang yang lalu lalang.

Mia masih menunggu Is. Is baru saja masuk ke dalam kedai. Tidak lama kemudian datang seorang lelaki mendekati Mia yang sedang berdiri. Mia sedikit takut. Iyalah orang tak kenal tiba-tiba datang dekat.

" Cik tunggu siapa? ". Soal lelaki tersebut sambil memerhati Mia atas sehingga bawah dan terhenti pada perut besar Mia lalu menyeringai seram. Mia sudah berasa tidak sedap hati. Tetapi disungguhkan juga untuk mengukirkan senyuman.

" Saya tunggu suami saya. Encik ni siapa? ". Mia menjawab walaupun hatinya berasa takut. Lelaki tersebut mengukirkan senyuman yang menakutkan Mia. Mia sudahlah mengandung takut jika lelaki tersebut menganggu Mia.

Seketika Mia mengumam kenapa Is agak lama. Terlalu ramai orang di dalam atau bagai mana? Mia sudah tidak selesa dengan kehadiran lelaki tersebut. Bulu roma Mia meremang seakan ada benda buruk akan terjadi.

" Nama aku Zaxier. Kau Mia kan suami kau Is betul? ". Semakin tinggi perasaan curiga Mia terhadap lelaki yang mengenali dirinya sebagai Zaxier. Macam mana Zaxier boleh mengenali nama Mia dan Is.

" Ma--Macam ma--mana encik Zaxier boleh tahu nama saya dan nama suami saya? ". Soal Mia curiga. Mia mulai bergerak mahu menjauhi Zaxier. Mia boleh dapat rasakan ada aura negatif jika berdekatan dengan Zaxier.

" Mestilah aku tahu. Kau tahu kenapa aku datang dekat dengan kau? Aku tengok badan kau boleh tahan juga patut lah Is beria jaga kau! ". Ujar Zaxier dengan nada yang miang. Mia mula berdebar sambil menunggu Is keluar.

Mia sudah berada dekat dengan dengan sisi kereta atau lebih tepat melekat habis. Kaki Mia tidak tahan untuk berlari ke tempat lain. Mia menahan airmata ketakutan. Mia tidak mahu melihat apatah lagi menjawab pertanyaan Zaxier.

" Ap--Apa en--encik Zaxier nak? Saya tak ganggu encik Zaxier jadi encik Zaxier tolong pergi dari sini ". Mia memberanikan diri untuk mengusir Zaxier dengan cara yang halus. Zaxier tersenyum sinis dengan Mia yang takut pada dirinya.

" Aku datang sini sebab aku nak bunuh kau! ". Seusai itu, Zaxier mengeluarkan pisau lalu dihalakan pada perut besar Mia. Mia yang melihat benda bersinar berkilau semakin terasa lemas.

Mia sudah tidak dapat menahan lagi apabila hujung pisau tersebut ditekan mengenai kulit perutnya. Mia risau dengan anak pertamanya jika tercedera dengan tikaman namun Mia terlampau takut untuk bergerak dan akhirnya Mia memilih untuk menjerit.

" Abang!!! ". Jerit Mia kuat, Is kebetulan keluar terus menoleh melihat ke arah Mia. Berkat mata tajam Is, dia dapat melihat Mia sedang diancam bahaya. Lekas Is berlari menuju ke arah Mia.

Zaxier terkejut dengan jeritan Mia dan terlihat Is berlari ke arahnya. Zaxier menaikkan kepala hoodienya lalu segera bergerak melarikan daripada ditangkap oleh Is. Sampai pada Mia, Is terus memeluk tubuh Mia yang dirasakan menggigil kuat.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now