[27]

15.6K 620 35
                                    


"Untung lah Mia ada lelaki kacak tolong Mia, jadi hero selamatkan Mia. Ada boyfriend diam diam je tak bagitahu pun. Eleh eleh Mia ni". Usik Kak Affa sambil tersengih - sengih menahan ketawa melihat muka Mia yang sudah berubah rona kulit.

Anis yang berada di sebelah kanan tepi Mia juga tidak lepas dari mengusik Mia.

" Kak Mia ada buah hati senyap je eih. Tahu tahu jadi hero je selamatkan Kak Mia dari orang jahat. Berwarna hidup Kak Mia ". Anis turut tersengih melayan usikan Kak Affa kepada Mia.

Saja nak bergurau dengan Mia. Mia yang duduk di atas kerusi menunduk menghadap meja makan sambil menahan malu.

" Ala ala malu pula dia ". Kak Affa mencuit dagu Mia dengan hujung jari. Tidak habis dari mengusik Mia.

" Mana ada Kak Affa ngan Anis ni kan saja je. Tu bukan boyfriend lah ". Balas Mia selepas lama berdiam diri akibat di usik Kak Affa dan Anis.

Rasa darah menyerbu ke muka akibat malu yang teramat. Mia teringat kembali kejadian yang baru berlaku beberapa jam lepas.

Is melangkah ke arah Mia lalu mengusap pipi Mia perlahan. Mia yang masih terkejut hanya berdiri tegak bagaikan patung sambil memproseskan apa yang telah terjadi barusan tadi.

" Kau okay sayang? ". Is menyoal dengan suara yang menggoda. Tersentak Mia dengan mata yang membesar.

Kak Affa di sebelah kiri Mia tercenggang tidak percaya lelaki kacak begini membantu Mia. Sudahlah bertanya dengan suara  menggoda.

Anis pulang berdiri tegak memerhatikan Is dengan tatapan tidak berkelip sekali pun.

Apa dah jadi ni?. Soal minda Mia.

Sedetik apabila tersedar yang pipinya diusap oleh tangan kasar Is Mia langsung mengelak.

Is melihat gerak Mia dengan kening yang terangkat sebelah. Pelik dengan kelakuan Mia terhadap dirinya. Tak lama baru Is menangkap kenapa Mia mengelak dari sentuhan dia kerana Mia tidak suka akan sentuhan fizikal kepada dirinya.

" Kau okay? Lelaki tu tak apa apa kan kau kan. Dia tak sempat sentuh kau kan ". Sebelum bertanya Is berdehem terlebih dahulu apabila sedar akan Kak Affa dan Anis yang masih berdiri menatap dirinya sejak tadi.

" Ookay.. Saya okay ". Jawab Mia tergagap sedikit. Mata dilarikan daripada bertemu dengan mata Is.

" Korang berdua boleh bagi aku dengan Mia ruang untuk bercakap? ". Ada nada tegas yang terdengar daripada Is kepada Kak Affa dan Anis. Tidak suka orang mendengar perbualan dia dan Mia.

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now