[52]

12.1K 509 122
                                    

Sorry baru update 😢🌚

#####

Mia mengelus perutnya dengan lembut. Tunggu masa sikit lagi pasti anak pertama Mia dan Is keluar. Sungguh Mia katakan yang dia tak sabar mahu melihat wajah comel bayinya nanti. Mia tersenyum sendiri.

Kandungan Mia sudah mencecah tujuh bulan. Dua bulan lagi anaknya bakal keluar melihat dunia. Mia tinggal di rumah Puan Aisyah kerana seminggu ini Is terpaksa meninggalkan Mia kerana pekerjaan penting yang tidak dapat dielakkan.

Mia okay je asalkan Is pulang dengan selamat itu sudah cukup memadai bagi Mia. Lagi pun Mia bukannya seorang yang cerewet mahu berkepit dengan Is selama dua puluh empat jam. Mia bukan jenis perempuan seperti itu.

Sejak pemergian Is selama tiga hari ini Mia ada rasa tidak sedap hati. Tapi Mia tak pasti kenapa cuma Mia berharap Is tidak membuat perkara yang bukan-bukan di sana. Mia bukan tak percaya pada Is. Tapi Mia masih mencungkil cara kehidupan Is.

Mia tahu perangai Is yang boleh dikatakan di luar kawalan. Mia tahu kalau sisi Is yang itu. Mia sudah jatuh cinta pada Is sebagai seorang suaminya jadi Mia tidak mahu hatinya terluka jika sesuatu yang buruk terjadi.

Kalau boleh biarlah Mia bergembira dengan suaminya dan anak mereka nanti. Mia masih belum mengangguk padahal jam sudah menunjukkan sembilan empat puluh minit malam. Puan Aisyah dan suaminya keluar menghadiri sebuah majlis.

Jadi hanya Mia yang tinggal di rumah seorang diri di dalam bilik. Mia bersandar di kepala katil sambil tangan terus mengusap perutnya. Hati Mia semakin terasa debaran yang aneh. Mia membuang fikiran itu sejauh mungkin.

Tapi bunyi dentingan mesej masuk ke dalam telefon Mia. Mia dengan susah bergerak mengambil telefonya. Lalu sebuah audio di hantar kepada Mia daripada Is melalui aplikasi whatssap.

Ada tiga audio yang dihantar. Mia semakin berasa tidak sedap hati. Mia tidak mahu membuka audia tersebut tetapi jarinya tetap bergerak dan menekan audia tersebut. Mia terkejut hampir telefonnya terlepas jatuh ke ribanya.

Disebabkan emosi ibu mengandung Mia terus menitiskan air mata kerana mendengar audio yang berputar itu. Mia kenal itu suara siapa. Suara Is dan perempuan yang seakan mendesah bagaikan gila.

Mia menekup mulutnya yang mula mengeluarkan tangisan kecewa. Mia terus menekan tiga audio tersebut dan semua berisikan suara Is dan seorang perempuan mendesah. Mia mengenggam telefonnya kuat. Jari jemari Mia mengeletar kuat.

Mia tidak mahu mendengar lagi namun dentingan daripada nombor Is berbunyi lagi. Mia membelalakan matanya besar kerana terlalu terkejut. Kali ini bukan audio melainkan gambar Is dan perempuan yang tidak dikenali tidur tanpa berpakaian di atas katil.

Perempuan tidak dikenali tersebut tersenyum manis seakan Is merupakan suaminya. Mia semakin lemas dalam tangisannya. Mia menekup kuat mulutnya. Satu lagi bunyi dentingan terhasil. Kali ini sebuah video.

Mia terus mencampak telefon tersebut ke tengah katil dengan hati yang terluka teruk. Jadi inilah sebab mengapa Mia terus berasa tidak sedap hati. Jadi inilah semuanya. Mia kecewa dengan Is.

Bukankah Is mencintai Mia jadi kenapa Is membuat Mia begini. Tambah lagi Mia sudag mencintai Is dan bergantung hidup pada Is serta anak mereka yang tak lama lagi akan keluar. Kenapa Is buat semua ini kenapa?

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now