[24]

15.8K 639 23
                                    

" Miaa.... Apa yang dah jadi? Mia pergi mana hampir dua bulan ni. Kata ada hal. Hal apa tu sampai langsung tak boleh bagitahu akak? ". Soal Kak Affa selepas Cafe di tutup mengikut waktu sepatutnya. Kini hanya tinggal Kak Affa dan Mia saja di pejabat dalam Cafe milik Mia.

Kelu lidah Mia hendak menjawab soalan dari mulut Kak Affa. Terasa payah mahu mencerita perkara sebenar yang telah terjadi kepada dirinya semasa dalam genggaman Is.

Termenung seketika Mia merangka ayat yang sesuai untuk menutupi perkara yang sebenar. Apa yang perlu dikatakan oleh Mia. Tak akan Mia mahu menceritakan perkara sebenar atau lebih baik Mia membuka mulut supaya sekurang - kurangnya beban di dalam diri Mia berkurang?

" Mia akak tanya ni. Kenapa diam je? Mia ada masalah apa sebenarnya ini? Cuba jelaskan dekat akak. Biar akak tolong mana patut." Sambung Kak Affa lagi. Sebelum itu Kak Affa menepuk bahu Mia supaya Mia memberi jawapan.

Lantas apabila bahu ditepuk oleh Kak Affa terus pandangan Mia dialih ke Kak Affa sambil terkebil kebil. Apa benda yang perlu Mia ceritakan.

Seketika senyap dengan Mia merenung wajah Kak Affa, begitu juga Kak Affa melawan pandangan dengan lembut menunggu sesuatu ayat keluar dari mulut Mia.

Tidak tahu apa yang patut Mia ceritakan. Terasa seksa dada memikirkannya. Tanpa Mia sedari bertakung air mata yang tidak tahu apa maksud disebaliknya.

Berubah riak Kak Affa cemas apabila terlihat air mata yang bertakung di kawasan mata Mia.

"Mia kenapa ni? Kenapa Mia nangis. Ada apa apa yang berlaku ke? Cuba cerita dekat akak jangan macam ni Mia". Kak Affa memaut jari jemari Mia erat menyalurkan kekuatan agar Mia tidak menangis atas sebab yang tak diketahui oleh Kak Affa.

Sekelip mata Mia memeluk tubuh Kak Affa sambil menghamburkan air mata. Mia sendiri tidak faham kenapa dia harus menangis. Mungkin terharu dengan cara Kak Affa memujuknya atau kecewa kerana tidak pandai menjaga diri sendiri.

Tersedu sedan Mia menangis di dada Kak Affa kuat. Kuat Mia memeluk pinggang Kak Affa bagaikan tidak mahu terlepas.

Kak Affa mengusap lembut memujuk Mia dengan usapan yang halus di belakang badan Mia. Kak Affa sendiri tertanya pada dirinya apa sebenarnya yang berlaku. Tadi masa Kak Affa hendak keluar membuang sesuatu terlihat satu tubuh membelakangi dia sedang berdiri tegak dengan sebuah beg di tepi kaki.

Kak Affa seperti memgenali bentuk tubuh perempuan tersebut dari belakang tetapi tidak tahu sesiapa sehingganya otak Kak Affa bermutar ingatan supaya mengecam bentuk tubuh yang sedang berdiri itu.

Barulah Kak Affa memanggil kuat nama Mia yang dirasakan bentuk tubuh tersebut ialah Mia yang hilang tanpa khabr berita selama hampir dua bulan.

Sebaik kepala Mia berpusing menghadap Kak Affa yang menjerit memanggilnya pantas Kak Affa berlari kerana betul tekaan dia terhadap Mia.

"Shuu... Shu... Akak ada takpa takpa Mia tenangkan diri dulu akak ada di sini". Pujuk Kak Affa tanpa sesaat menghentikan usapan pada bahu dan belakang tubuh Mia yang menggigil melepaskan tangisan.

Dapat Kak Affa rasakan kuat Mia memeluk tubuhnya memohon kekuatan.

Mia tidak pedulikan apa apa yang dia tahu dia ingin menghamburkan tangisan sekuat hati agar beban di dada berkurangan.

Agak hampir setengah jam barulah tangisan Mia semakin berkurang. Hanya terdengar sedutan hingus dan sedu yang menahan tangisan.

Habis sembap bawah mata Mia akibat tangisan tadi. Termalu Mia sendiri dengan dirinya apabila Kak Affa mengesat sisa air mata yang berada di bawah mata.

" Tak apa Mia jangan malu akak dah biasa dah dengan Mia. Sekarang dah malam dah tak elok nangis nangis macam ni tak lawa lah nanti". Usik Kak Affa dengan cuitan manja pada dagu Mia. Tersenyum Mia dengan usikan manja Kak Affa.

Air mata yang tersisa dikesat sendiri dengan lengan baju.

"Sekarang dah malam Mia balik lah rumah tapi sebelum balik pastikan Mia tenangkan diri dulu. Jangan balik dengan keadaan macam ni tak elok takut perkara buruk terjadi. Kereta Mia ada dekat rumah. Biar akak hantar okay".

Kak Affa mengusap kepala Mia perlahan. Mia mengangguk mengerti mendengar teguran lembut Kak Affa.

" Terima kasih kak ". Ucap Mia. Sekali lagi tubuh Kak Affa dipeluk Mia sebagai tanda terima kasih kerana meminjamkan dada untuk tangisan dia sebentar tadi.

" Dah. Jom balik. Dah malam ni ". Ajak Kak Affa selepas Mia melepaskan pelukan.

Mia dan Kak Affa berjalan keluar menuju ke kereta.

+++++++

Manakala di gelap malam Is termenung dengan badan disandar pada kereta. Dia harap apa yang dia buat selamanya betul. Tak tahu apa kena dengan dirinya apabila dia memutar balik segala yang terjadi kepada Mia dia berasa bersalah.

Dia buat semua itu hanya untuk Mia salah ke? Tapi terdetik di tangkal hati Is betul ke dia buat semua itu kerana suka, cintakan Mia. Bila ditanya pada dirinya sendiri Is tidak dapat menjawab.

Adakah dia lakukan semua ini untuk membalas dendam terhadap Mia atas perkara yang telah berlalu beberapa tahun lepas. Atau dia memang benar - benar mencintai Mia seikhlas hati.

Arghhh! Serabut. Jerit batin Is. Penat, lelah memikirkannya. Dan kenapa dia sanggup merosakkan Mia. Serta memperlakukan Mia seperti perempuan tidak bermaruah.

Is berulang kali mengeleng kepala mengusir ayat ayat bodoh yang berlegar di kepala.

Sesaat semuanya berubah apabila Is tanpa sedar mengukir sebuah senyuman sinis yang tidak ketahui apa maksudnya.

" Aku tahu apa aku buat tu semua betul. Mia. Kau lari kau kena. Cukup 2 minggu aku datang cari kau semula tanpa kekangan ". Ujar Is sendiri dengan senyuman sinis yang tidak hilang dari bibir.

Selepas itu Is tersenyum sendiri, ketawa yang keluar dari mulut Is mengelirukan. Kenapa sekejap lain dan berubah lain.

Adakah Is menghidap sejenis penyakit?

Tidak mahu berlama lagi di tempat gelap tersebut Is bergerak pergi keluar daripada kawasan terbabit dengan hati yang senang.

Bukankah tadi Is serabut? Dan sekarang Is pulang dengan hati yang senang.

Sesuatu yang pelik.






+++++++++++++++++++++++++



Okay guys tu je. Is dah bagi Mia bebas. Apa lagi? 🌚 nak 200 votes pun dekut 🔪🔫 

DEVIL MAN!!! Where stories live. Discover now